Collector
Warga emas langgar lari tiga pejalan kaki ditahan | Collector
Warga emas langgar lari tiga pejalan kaki ditahan
Sinar Harian

Warga emas langgar lari tiga pejalan kaki ditahan

SHAH ALAM - Polis menahan seorang lelaki berusia 75 tahun bagi membantu siasatan kejadian langgar lari membabitkan tiga pejalan kaki di Jalan Pekan Baru, Bandar Baru Klang, Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah Klang Utara Asiten Komisioner S Vijaya Rao berkata, warga emas itu ditahan kira-kira 11.40 pagi semalam (Sabtu) hasil maklumat orang awam susulan insiden yang menyebabkan dua daripada mangsa maut dan seorang lagi cedera parah. "Semakan mendapati warga emas itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau narkotik dan dia akan direman untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad. Beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Ahmad Fadzli Abdullah melalui talian 017-5843860. Pada Sabtu, Vijaya Rao dilaporkan berkata dua beradik maut manakala seorang lagi cedera selepas sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh tiga pejalan kaki dalam kes dipercayai langgar lari di Jalan Pekan Baru, Bandar Baru Klang, pada 15 Mei.Beliau berkata mangsa yang maut adalah dua wanita berusia 57 dan 62 tahun manakala remaja berusia 17 tahun yang juga anak kepada seorang daripada mereka cedera parah. - Bernama

Go to News Site