Collector
Pemandu SUV rempuh dua beradik hingga maut ditahan | Collector
Pemandu SUV rempuh dua beradik hingga maut ditahan
Sinar Harian

Pemandu SUV rempuh dua beradik hingga maut ditahan

KLANG - [DIKEMAS KINI] Pemandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan mengorbankan dua beradik di Jalan Pekan Baru, Bandar Baru Klang di sini diberkas pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, lelaki tempatan berusia 75 tahun itu ditahan kira-kira jam 11.40 pagi bagi membantu siasatan.Menurut beliau, hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau berkaitan jenayah mahupun dadah."Lelaki yang juga pemandu SUV terbabit akan direman bagi siasatan lanjut."Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Fadzli Abdullah di talian 017-5843860 atau tampil ke balai polis berhampiran.Media sebelum ini melaporkan perjalanan dua beradik untuk keluar makan malam dengan berjalan kaki bertukar tragedi apabila dirempuh sebuah SUV dalam kejadian di lokasi berkenaan pada Khamis.Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam itu, mangsa wanita tempatan berusia 57 dan 62 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Kejadian sama turut menyebabkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang juga anak kepada salah seorang mangsa mengalami kecederaan.

Go to News Site