Collector
Impian Ronaldo berkecai di Riyadh | Collector
Impian Ronaldo berkecai di Riyadh
Sinar Harian

Impian Ronaldo berkecai di Riyadh

IMPIAN Cristiano Ronaldo untuk merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL 2) bersama Al-Nassr berkecai apabila tewas 0-1 kepada kelab Jepun, Gamba Osaka dalam aksi final di Stadium Universiti Raja Saud, Riyadh.Jaringan tunggal Deniz Hummet pada minit ke-30 sudah cukup untuk memadamkan ego Al-Nassr yang mendominasi sebahagian besar perlawanan, sekali gus menghadiahkan gelaran kedua benua buat kelab dari J-League itu selepas kali terakhir menjulang Liga Juara-Juara AFC 18 tahun lalu.Keputusan itu bermakna Ronaldo masih kempunan untuk menjulang sebarang trofi utama sejak menyertai Al-Nassr pada tahun 2023 susulan penamatan kontraknya bersama Manchester United.Walaupun Al-Nassr tampil dengan reputasi gah sebagai pendahulu Liga Pro Saudi, mereka tumpul untuk menembusi benteng pertahanan Gamba Osaka yang diterajui penjaga gol muda, Rui Araki.Aksi babak pertama menyaksikan Al-Nassr garang memburu gol awal namun percubaan Abdulrahman Ghareeb pada minit ketujuh berjaya ditepis keluar oleh Araki, manakala rembatan Sadio Mane pula sekadar menggegar jaring sisi.Sebaliknya, Gamba Osaka lebih klinikal apabila Hummet bijak menyudahkan hantaran lorong Issam Jebali untuk menewaskan penjaga gol, Bento pada minit ke-30.Memasuki babak kedua, Al-Nassr terus menekan untuk mencari gol penyamaan, namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila rembatan Joao Felix pada minit ke-77 sekadar singgah di tiang gol.Kekecewaan Ronaldo memuncak apabila percubaannya pada minit ke-84 disekat oleh pertahanan lawan, Takeru Kishimoto, biarpun beliau hampir menghasilkan jaringan menerusi gerakan menarik.

Go to News Site