Collector
Dua rakan sekerja maut kereta terbabas, terbakar | Collector
Dua rakan sekerja maut kereta terbabas, terbakar
Sinar Harian

Dua rakan sekerja maut kereta terbabas, terbakar

KUALA LUMPUR - Perjalanan pulang dua individu selepas menghadiri majlis makan malam sebuah syarikat bertukar tragedi apabila kereta dinaiki mereka terbabas sebelum terbakar dalam kejadian di Jalan Sungai Besi dari arah pusat bandar menghala ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban awal pagi Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 3.01 pagi itu, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kemalangan melibatkan sebuah Honda City Hatchback berwarna kelabu yang dipandu lelaki tempatan berusia 29 tahun.Menurutnya, mangsa ketika itu bersama seorang penumpang wanita tempatan berusia 23 tahun."Kedua-dua mangsa merupakan rakan sekerja dan dipercayai dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis makan malam melibatkan sebuah syarikat perbankan antarabangsa menuju ke Ampang."Siasatan awal mendapati ketika melalui satu selekoh di lokasi kejadian, pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas dan melanggar tembok tiang di sebelah kiri jalan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, pelanggaran itu menyebabkan kenderaan terbakar sepenuhnya.Menurutnya, Pasukan Bomba dan Penyelamat Cheras membantu operasi memadam kebakaran serta mengeluarkan mangsa dari kenderaan terbabit."Akibat kemalangan itu, pemandu dipercayai rentung manakala penumpang wanita mengalami kecederaan parah di bahagian kepala."Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan," katanya.Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Siasatan lanjut masih diteruskan termasuk mendapatkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi membantu siasatan."Orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Go to News Site