Collector
Guru tadika, suami didakwa aniaya anak saudara | Collector
Guru tadika, suami didakwa aniaya anak saudara
Sinar Harian

Guru tadika, suami didakwa aniaya anak saudara

KOTA BHARU - Sepasang suami isteri yang merupakan kelindan lori dan guru tadika mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas pertuduhan menganiaya anak saudara lelaki di Machang pada 19 April lalu.Tertuduh, Wan Saiful Azuan Wan Idris, 31,dan Yujas Nor Aida Jasmin Mohd Yusoff, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.Kedua-dua tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan sebelum memohon untuk dibicarakan.Mengikut pertuduhan, pasangan yang sudah lima tahun berkahwin namun belum dikurniakan zuriat itu didakwa bersama-sama menganiaya kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun satu bulan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.Kesalahan didakwa dilakukan kira-kira jam 10 malam pada 19 April lalu di sebuah rumah di Kampung Sungai Mas, Machang.Mereka didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) Akta yang sama dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syafiqah Mohamad manakala pasangan itu diwakili peguam Mohd Taufikrullah Rusli dan Muhd Zulfaqar Saharrudin.Mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM8,000 setiap seorang dengan syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran dua bulan sekali pada setiap lima haribulan.Mahkamah menetapkan 15 Jun depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.Difahamkan mangsa kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah sehingga Jun ini sebelum diserahkan kepada neneknya.Media sebelum ini melaporkan, pasangan suami isteri direman tujuh hari kerana disyaki melakukan penderaan terhadap anak saudara lelaki berusia 10 tahun di Kampung Sungai Mas, Machang.Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Azuhar Md Nor berkata, pasangan itu ditahan dan mereka dibawa ke Mahkamah Majistret untuk proses reman yang dibenarkan hingga 27 April ini.Beliau berkata, penahanan suami isteri berusia 31 dan 29 tahun itu susulan laporan polis yang dibuat oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Bukit Bakar, Machang.

Go to News Site