Collector
PH akan 'kuburkan' BN kali kedua di Johor - Aminolhuda | Collector
PH akan 'kuburkan' BN kali kedua di Johor - Aminolhuda
Sinar Harian

PH akan 'kuburkan' BN kali kedua di Johor - Aminolhuda

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor berazam mahu ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) buat kali kedua pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 akan datang.Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, PH tidak akan sesekali goyah sebelum bertanding walaupun BN Johor telah mengumumkan bertanding solo di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)."BN pernah kalah di Johor dan PH pernah menang 38 kerusi DUN serta memerintah negeri ini pada 2018."Dalam pilihan raya negeri kali ini kita akan kuburkan mereka kembali untuk kali kedua," katanya ketika berucap pada Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini pada Ahad.Ahli Parlimen Sri Gading itu turut mendakwa tindakan kerajaan negeri melantik lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan menunjukkan BN bimbang kehilangan sokongan rakyat khususnya di kawasan bandar.Katanya, terdapat tujuh kawasan DUN di Johor mempunyai lebih 100,000 pengundi namun kerajaan negeri tidak berani melaksanakan persempadanan semula kawasan pilihan raya."Kalau dibuat persempadanan semula, kawasan bandar akan bertambah dan mereka tahu sokongan di kawasan itu banyak memihak kepada PH."Sebab itu mereka tidak berani buat persempadanan semula," katanya.Beliau berkata, Johor sebenarnya masih menjadi negeri yang kuat dipengaruhi PH apabila gabungan itu memiliki 14 kerusi Parlimen di negeri berkenaan.Menurutnya, pengalaman PH mentadbir negara selama 22 bulan juga menjadi pengajaran besar selepas gabungan itu didakwa dikhianati ketika memerintah kerajaan Persekutuan."Kita tidak akan berhenti. Kita akan teruskan perjuangan rakyat Johor dan Bangsa Johor untuk mentadbir negeri ini dengan lebih baik," katanya.Semalam, Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan BN akan bertanding semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.Pada PRN Johor 2022, UMNO dan BN menang 40 daripada 56 kerusi dengan PH yang terdiri daripada DAP menang 10 kerusi, manakala PKR dan Amanah masing-masing satu kerusi.PN pula menang tiga kerusi yang mana Bersatu dua, manakala Pas, satu sementara Parti Ikatan Demokratik (Muda) juga satu kerusi.Pada PRN Johor 2018, PH mencatatkan kemenangan bersejarah dengan memenangi 36 daripada 56 kerusi DUN sekaligus mencipta sejarah berjaya menumbangkan penguasaan Barisan Nasional (BN) di Johor.

Go to News Site