Sinar Harian
JOHOR BAHRU – Jentera parti Pakatan Hadapan (PH) diingatkan agar terus memperkukuh kerja di lapangan tanpa terlalu bergantung kepada pengaruh media sosial semata-mata, sebaliknya kembali kepada kekuatan asas iaitu khidmat kepada rakyat.Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka, Adam Adli berkata, kekuatan politik menghampiri pilihan raya ketika ini tidak hanya terletak pada komunikasi di ruang digital, tetapi pada kerja konsisten yang dilakukan oleh jentera."Siang malam kerja keras. Ada anak muda yang daripada siang kerja untuk cari rezeki sendiri. Malam bertugas untuk parti."Ada lagi ibu-ibu kita yglang ang buka bilik gerakan. Masih lagi masak macam dahulu. Tak ada jawatan. Tak ada kepentingan."Ada lagi sukarelawan yang datang naik motor, edar risalah. Masih ada. Apakah kita nak berhenti buat perkara ini? Tidak. Sebab inilah yang buatkan kita lain selama ini. Inilah yang buatkan kita berjaya selama ini. Jangan kita tinggalkan," katanya.Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata demikian dalam ucapan Konvesyen PH di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini pada Ahad.Adam menambah kekuatan gerakan politik banyak bergantung kepada kesungguhan anggota dari PKR, DAP dan Amanah di lapangan yang terus kekal berkhidmat walaupun tanpa ganjaran atau jawatan.Menurut beliau, dalam era politik digital hari ini, setiap tindakan dan komunikasi sering menjadi perhatian serta kritikan di media sosial.Namun, beliau mengingatkan bahawa kekuatan sebenar tetap bergantung kepada persepsi rakyat di peringkat akar umbi."Kita mungkin diserang setiap hari di media sosial, tetapi rakyat menilai dengan mata mereka sendiri. Mereka tahu siapa yang bekerja dan siapa yang benar-benar membantu," katanya.Beliau turut menyeru agar semua jentera kekal bersatu walaupun berdepan perbezaan pendapat dan keletihan dalam perjuangan politik."Jangan kerana penat kita mengalah. Jangan kerana perbezaan kita berpecah. Ini bukan soal individu, tetapi soal kesinambungan perjuangan," tegasnya.Dalam masa yang sama, beliau menegaskan bahawa pemimpin boleh berubah, begitu juga wakil rakyat, namun kepercayaan rakyat terhadap PH perlu terus dipelihara melalui kerja berterusan di lapangan."Ini waktunya rakyat menilai kembali. Dan kita perlu pastikan harapan yang kita bawa ini terus kekal diyakini rakyat," ujarnya.
Go to News Site