Collector
Lelaki didenda RM200,000 ceroboh tanah Kerajaan Negeri Pahang | Collector
Lelaki didenda RM200,000 ceroboh tanah Kerajaan Negeri Pahang
Sinar Harian

Lelaki didenda RM200,000 ceroboh tanah Kerajaan Negeri Pahang

KUANTAN - Mahkamah Sesyen Kuantan pada Isnin menjatuhkan hukuman denda RM200,000 terhadap seorang lelaki selepas didapati bersalah atas pertuduhan menduduki tanah kerajaan negeri tanpa kebenaran di Kampung Permatang Perawan, Pekan, tiga tahun lalu.Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan ke atas tertuduh, Cheong Chin Chong.Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara selama 12 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan selain melucuthakkan dua jengkaut miliknya kepada Kerajaan Negeri Pahang.Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan kepada Sinar Harian pada Selasa.Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara kerana menduduki tanah kerajaan negeri tanpa kebenaran pihak berkuasa negeri pada 8 Ogos 2023.Perbuatan itu dilakukan dengan membuat laluan jalan ke kawasan permit pembalakan di lokasi berkenaan menggunakan dua jengkaut.Tertuduh ditahan anggota penguat kuasa Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) ketika sedang menjalankan aktiviti tersebut.Sepanjang perbicaraan yang berlangsung selama satu tahun dua bulan bermula Mac 2025, seramai sembilan saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan.Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa UPNP, Muhammad Taqiuddin Azizan bersama Muhammad Faisal Zaini dan Izatul Fairus Loso manakala tertuduh diwakili peguam Kong Yit Har.Dalam prosiding itu, Muhammad Taqiuddin memohon agar mahkamah mengenakan hukuman berat dan setimpal terhadap tertuduh kerana perbuatan itu.Hujahnya, perbuatan tertuduh didakwa menyebabkan kerosakan besar kepada struktur tanah di kawasan terbabit selain mengakibatkan ketirisan hasil kepada kerajaan negeri."Hukuman maksimum diperuntukkan bagi kesalahan itu ialah denda sehingga RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, sekali gus menunjukkan keseriusan kes pencerobohan tanah di negara ini," katanya.Tertuduh kemudian gagal membayar denda tersebut sebelum dihantar ke Penjara Penor di sini.

Go to News Site