Collector
Kurung, ikat, liwat remaja: Penjenayah seksual sambung reman 5 hari | Collector
Kurung, ikat, liwat remaja: Penjenayah seksual sambung reman 5 hari
Sinar Harian

Kurung, ikat, liwat remaja: Penjenayah seksual sambung reman 5 hari

SHAH ALAM - Penjenayah seksual yang diberkas Sabtu lalu selepas dipercayai mengurung, mengikat dan meliwat remaja lelaki berusia 14 tahun di Seksyen 32 di sini dilanjutkan reman lima hari lagi.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, reman lelaki itu disambung kali kedua bermula Selasa."Reman suspek disambung sehingga 23 Mei dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Polis buru lelaki disyaki kurung, liwat remajaARTIKEL BERKAITAN: Penjenayah seksual kurung, liwat remaja 14 tahun diberkasSebelum ini Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, suspek telah ditahan di bilik sewa di Kuala Lumpur sebelum direman tiga hari sehingga Selasa.Suspek yang dipercayai bekerja sebagai pemungut hutang itu mempunyai rekod baru keluar penjara pada April tahun lalu.Media terdahulu melaporkan, seorang remaja lelaki dikurung, didera termasuk dipercayai diliwat lelaki tidak dikenali di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning di sini 12 Mei lalu.Siasatan awal polis mendapati, suspek memperdaya mangsa dengan mengajak remaja itu berbual dengan menawarkan satu pakej internet telefon bimbit, dengan syarat mangsa membantu mengangkat barang dalam rumah suspek.

Go to News Site