Sinar Harian
ALOR SETAR - Wanita cedera ditikam seorang lelaki dalam kereta jenis Mazra 3 di hadapan restoran di Titi Gajah, Kepala Batas di sini, selamat menjalani pembedahan yang mengambil masa selama 10 jam.Kakak mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa yang cedera di leher selamat menjalani pembedahan tersebut di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada Isnin."Adik selamat menjalani pembedahan yang bermula jam 9 pagi hingga 7 petang semalam dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB," katanya menjelaskan adiknya ditidurkan selepas pembedahan.Bagaimanapun, kakak mangsa meminta diberi ruang dan belum bersedia membuat sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.Difahamkan, dua anak mangsa kini berada dalam jagaan keluarga sementara ibu mereka dirawat di hospital.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ditikam di leher oleh lelaki dikenaliSuspek tikam wanita dalam kereta sudah ditahanSementara itu, penduduk di Taman Wira, Mergong yang enggan dikenali berkata, sering ternampak wanita tersebut memandu kereta Mazda 3 namun tidak pernah bertegur sapa."Bila dapat tahu dia ditikam, memang terkejut," katanya.Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, keadaan mangsa kini stabil.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang wanita cedera tikam di leher oleh lelaki dikenali di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas, di sini.Dalam kejadian jam 9.19 malam itu, wanita dan suspek dipercayai menaiki kenderaan tersebut sebelum insiden berlaku.ARTIKEL BERKAITAN: Ejen hartanah tikam wanita direman tujuh hariCemburu dipercayai punca duda tikam leher wanita dalam keretaMangsa dikatakan telah membunyikan hon keretanya bagi menarik perhatian orang ramai yang berada berdekatan sementara suspek melarikan diri.Beberapa jam selepas pencarian dibuat, suspek ditahan polis ketika berada dalam kawasan masjid Taman Uda pada jam 1.50 pagi.
Go to News Site