Collector
KKM ambil maklum isu kad janji temu klinik tertera tulisan Cina | Collector
KKM ambil maklum isu kad janji temu klinik tertera tulisan Cina
Sinar Harian

KKM ambil maklum isu kad janji temu klinik tertera tulisan Cina

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyemak dan akan mengambil tindakan terhadap dakwaan penggunaan tulisan Cina pada kad janji temu di Klinik Kesihatan Sri Rampai, Kuala Lumpur.Ia susulan penularan satu video di TikTok apabila seorang pengguna media sosial memuat naik rakaman memaparkan tulisan Cina pada kad janji temu pesakit di klinik itu."Terima kasih kerana mengetengahkan isu ini, pihak kami sedang menyemak dan akan mengambil tindakan sewajarnya," kata KKM ringkas menerusi maklum balas di Threads @kementeriankesihatanmalaysia pada Selasa.Perkongsian itu meraih perhatian ramai selepas diulang siar di platform Threads kerana kad janji temu pesakit yang kebiasaannya menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris, dicetak dalam bahasa Mandarin.Video berdurasi 1 minit 27 saat itu pada awalnya dimuat naik ke platform TikTok oleh pemilik akaun @shah.faza yang turut mendakwa perkara tersebut dipolitikkan sedangkan kesihatan adalah isu rakyat.Menurutnya, KKM perlu memandang serius perkara itu dan tidak mengaitkan sentimen politik dalam urusan penyampaian perkhidmatan di klinik kerajaan.

Go to News Site