Collector
Aidiladha: Tiada sekatan jalan raya, JPJ menyamar dalam bas ekspres | Collector
Aidiladha: Tiada sekatan jalan raya, JPJ menyamar dalam bas ekspres
Sinar Harian

Aidiladha: Tiada sekatan jalan raya, JPJ menyamar dalam bas ekspres

KOTA BHARU – Tiada sekatan jalan raya dilakukan sepanjang musim Aidiladha ini, namun pengguna jalan raya khususnya pemandu bas ekspres di Kelantan tetap dipantau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan melalui kaedah penyamaran.Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pendekatan menerusi Ops Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2026 itu dilakukan oleh anggota penguat kuasa yang akan ditempatkan secara rawak sebagai penumpang biasa dalam bas ekspres.Menurutnya, anggota tanpa uniform akan menaiki bas seperti penumpang lain termasuk ada yang kebetulan pulang beraya ke kampung halaman."Kami tidak buat sekatan jalan raya sebab tidak mahu menambah kesesakan, tetapi itu tidak bermaksud tiada penguatkuasaan."Dalam mana-mana trip, akan ada anggota kami berada dalam bas untuk memastikan undang-undang dipatuhi dan keselamatan diutamakan," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Ops Khas Kenderaan Mewah (Luxury) dan Ops Hari Raya Aidiladha 2026 di Pejabat JPJ Negeri di Panji, di sini pada Selasa.Sementara itu, pemeriksaan turut dilakukan di Terminal Bas Lembah Sireh membabitkan semakan lesen memandu, buku log, keadaan teknikal bas dan saringan air kencing pemandu dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).Katanya, pergerakan trafik dijangka memuncak bermula malam Jumaat apabila orang ramai mula bergerak pulang ke kampung dan Kelantan akan mula sesak dengan lebih satu juta kenderaan."Sepanjang operasi berlangsung, seramai 187 anggota penguat kuasa digerakkan melibatkan 50 pasukan operasi di seluruh Kelantan."Selain penyamaran dalam bas, JPJ turut menggunakan dron bagi memantau kesalahan lalu lintas dari udara termasuk memotong di garisan berkembar, menggunakan lorong kecemasan dan memotong barisan," katanya.Tambah beliau, Unit Penguatkuasaan Bermotosikal turut ditugaskan melakukan rondaan bergerak di kawasan bandar dan laluan sesak dengan bantuan kamera tindakan bagi merakam kesalahan pengguna jalan raya.

Go to News Site