Sinar Harian
PUTRAJAYA - Seramai 19,700 tahanan warga asing berjaya dihantar pulang ke negara pada tahun ini setakat Khamis lepas.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, lima warga tertinggi mencatatkan pemindahan tertinggi ialah Indonesia iaitu seramai 7,936 orang.Menurutnya, ini diikuti warga Myanmar seramai 4,005 orang, Bangladesh (2,453 orang), Filipina (1,825 orang) dan Thailand (1,008 orang)."Bagi operasi penguatkuasaan yang ditingkatkan JIM di seluruh negara pada tahun ini setakat 15 Mei, sebanyak 4,785 operasi melibatkan pemeriksaan terhadap 69,406 individu telah dilaksanakan."Seterusnya, sebanyak 16,681 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 737 majikan telah ditangkap," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Imigresen Malaysia bagi Tahun 2025 di sini pada Selasa.Zakaria berkata, seramai 20,575 tahanan kini ditempatkan di Depot Imigresen Kekal dan seramai 1,470 tahanan berada di Depot Imigresen Sementara sementara menunggu proses dokumentasi dan tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang.Mengulas mengenai Program Repatriasi Migran 2.0 (PRM 2.0), katanya, bermula 19 Mei 2025 hingga 17 Mei 2026, PRM 2.0 telah merekodkan pendaftaran PATI seramai 257,443 orang dari 112 negara terlibat dengan hasil kutipan bayaran kompaun sebanyak RM128,726,940."Tiga negara yang mencatatkan pendaftaran tertinggi adalah Indonesia sebanyak 111,660 orang, diikuti Bangladesh seramai 49,481 orang dan Myanmar 33,858 orang," ujarnya.Tambahnya, PRM 2.0 telah dilanjutkan berkuat kuasa sehingga 31 Mei 2027 berikutan pencapaian signifikan termasuk jumlah pendaftaran yang tinggi, penghantaran pulang secara sukarela yang konsisten serta kutipan kompaun yang memberangsangkan."Ini sekali gus menyumbang kepada pengurangan keberadaan PATI di dalam negara," ujarnya.
Go to News Site