Collector
MMA gesa kerajaan senarai semula nikotin cecair bawah Akta Racun | Collector
MMA gesa kerajaan senarai semula nikotin cecair bawah Akta Racun
Sinar Harian

MMA gesa kerajaan senarai semula nikotin cecair bawah Akta Racun

SHAH ALAM - Kerajaan digesa untuk menyenaraikan semula nikotin cecair di bawah Akta Racun 1952 susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan pengecualian bahan itu pada 2023 sebagai tidak sah.Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr Thirunavukarasu Rajoo berkata, kerajaan perlu menerima keputusan tersebut tanpa mengemukakan sebarang rayuan dan menjadikannya sebagai pengajaran."Kami merupakan amicus curiae (sahabat pengadilan) dalam kes ini. Pendirian kami tidak berubah sejak hari penyingkiran tersebut diwartakan."Sejak Mac 2023, MMA telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang secara konsisten membantah keputusan ini. Kami telah memberi amaran bahawa tindakan mengeluarkan nikotin daripada Akta Racun sebelum kewujudan undang-undang kawalan tembakau adalah tindakan yang berisiko tinggi," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa keputusan Menteri Kesihatan dan kerajaan mengecualikan cecair serta gel vape mengandungi nikotin daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952 sebagai tidak rasional.Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Aliza Sulaiman memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Mereka ialah Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Pertubuhan Green Lung Malaysia (MGLA) dan Voice of Children (VOC).Mahkamah turut mengisytiharkan bahawa pengecualian itu dibuat tanpa rundingan yang mencukupi dengan Lembaga Racun dan ia bertentangan dengan Seksyen 6 Akta Racun 1952.Mengulas lanjut, Thirunavukarasu berkata, kes itu membuktikan satu corak yang membimbangkan pihaknya, apabila dasar kesihatan dibentuk atas pertimbangan fiskal dan bukan bukti perubatan."Lembaga Racun telah memberi nasihat sebulat suara daripada pakar dan diketepikan, kini mahkamah mengesahkan keputusan tersebut adalah tidak wajar."Tiada dasar kesihatan awam yang wajar ditentukan berdasarkan faktor kewangan semata-mata. Kesihatan anak-anak kita tidak boleh dianggap sebagai item dalam bajet. Lembaga Racun diwujudkan atas tujuan tertentu, begitu juga dengan prinsip undang-undang," ujarnya.Sehubungan itu, beliau menyeru agar kerajaan memastikan nasihat pakar kesihatan harus dihormati dan tidak dipintas apabila melibatkan isu kesihatan awam.

Go to News Site