Collector
Gugup punca Xin Yee-Carmen tersingkir awal | Collector
Gugup punca Xin Yee-Carmen tersingkir awal
Sinar Harian

Gugup punca Xin Yee-Carmen tersingkir awal

PERASAAN gugup menjadi punca beregu wanita muda negara Ong Xin Yee-Carmen Ting, tersingkir seawal pusingan pertama Kejohanan Malaysia Masters 2026.  Pada aksi yang berlangsung di Arena Unifi, di sini, hari ini, pasangan pilihan ketujuh kejohanan itu dikejutkan gandingan Taiwan, Hsieh Yi En-Teng Chun Hsun, 15-21, 20-22 dalam tempoh 39 minit.  Carmen mengakui mereka gagal menampilkan permainan sebenar susulan tekanan untuk memburu kemenangan.  "Saya rasa agak gugup hari ini. Kami terlalu banyak berfikir dan terlalu mahu menang perlawanan itu.  "Disebabkan perkara itu, corak permainan kami tidak menjadi," katanya ketika ditemui selepas perlawanan itu.  Turut menerima nasib sama ialah seorang lagi beregu wanita negara Chong Jie Yu-Vanessa Ng yang tewas kepada pasangan Taiwan, Chen Yan Fei-Sun Liang Ching, 16-21, 17-21 dalam tempoh 33 minit.  Cabaran Malaysia dalam acara beregu wanita kini digalas dua lagi pasangan muda negara Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan serta Cheng Su Hui-Tan Zhing Hui.  Zi Yu-Noraqilah Maisarah dijadual berdepan pasangan China, Bao Li Jing-Cao Zi Han, manakala Su Hui-Zhing Hui akan menentang pilihan kelima dari Jepun, Arisa Igarashi-Chiharu Shida, pada pusingan pertama esok. - Bernama

Go to News Site