Sinar Harian
PETALING JAYA – Seorang wanita warga emas dipercayai tersesat jalan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebelum didapati memandu melawan arus di Kilometer 10.8, Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH) di sini pada Isnin.Kejadian itu kemudiannya tular menerusi satu rakaman video di media sosial yang menunjukkan sebuah kereta dipandu secara melawan arus di lebuh raya berkenaan.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya mengesan video tular tersebut kira-kira jam 1 tengah hari pada Selasa.Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam."Wanita warga tempatan berusia lingkungan 80an itu dipercayai tersesat jalan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah."Suspek kemudiannya memandu secara melawan arus bagi mencari susur keluar dari Lebuhraya DASH," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Katanya, bagaimanapun tiada kemalangan dilaporkan berlaku melibatkan kenderaan dipandu wanita berkenaan dengan mana-mana kenderaan atau objek lain."Suspek telah berjaya ditangkap dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Pengguna jalan raya diingatkan sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," katanya.Tegas beliau, pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dan tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang."Orang ramai yang melihat atau berada di lokasi kejadian diminta tampil membantu siasatan."Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Jayseelan a/l Supaya di talian 018-2582531 atau IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222," katanya.Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan seorang wanita didapati memandu secara melawan arus di Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH) di sini.
Go to News Site