Collector
Riise sifatkan kenyataan Salah tak kena masa | Collector
Riise sifatkan kenyataan Salah tak kena masa
Sinar Harian

Riise sifatkan kenyataan Salah tak kena masa

BEKAS pertahanan Liverpool, John Arne Riise mengkritik tindakan Mohamed Salah yang didakwa mengeluarkan kenyataan terbuka terhadap prestasi pasukan ketika musim masih berlangsung, sekali gus menyifatkannya sebagai tidak kena pada masa.Salah sebelum ini dilapor meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pendekatan permainan Liverpool di bawah pengendali Arne Slot, yang dikatakan tidak lagi mencerminkan identiti "heavy metal football" era Jürgen Klopp.Kenyataan tersebut mencetuskan perdebatan dalam kalangan penyokong dan pemerhati bola sepak, dengan Riise berpendapat ia boleh mengganggu kestabilan pasukan pada saat penting musim."Saya kesal Salah tidak menunggu sehingga musim berakhir sebelum mengeluarkan kenyataan itu," kata Riise seperti dipetik Liverpool Echo.Menurutnya, pemain berpengalaman seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan secara terbuka, terutama ketika pasukan masih melalui kempen kompetitif."Saya pernah bertemu Salah, dia seorang yang baik, hormat dan profesional. Sebab itu saya tidak faham mengapa kenyataan seperti ini muncul," katanya.Riise turut menegaskan bahawa kelab sentiasa lebih besar daripada mana-mana individu, sekali gus menekankan kepentingan menjaga keharmonian pasukan."Kelab bola sepak Liverpool akan sentiasa lebih besar daripada mana-mana pemain. Begitulah selamanya," tegas Riise.Dalam pada itu, Riise turut membayangkan Slot perlu mempertimbangkan keputusan pemilihan pemain bagi perlawanan terakhir musim ini menentang Brentford di Anfield, sekiranya isu berkenaan memberi kesan terhadap suasana bilik persalinan. -end

Go to News Site