Collector
Gabriel sindir penyokong Man City tular dengan isu ‘botol Arsenal’ | Collector
Gabriel sindir penyokong Man City tular dengan isu ‘botol Arsenal’
Sinar Harian

Gabriel sindir penyokong Man City tular dengan isu ‘botol Arsenal’

PERTAHANAN Arsenal, Gabriel Magalhães mencuri tumpuan selepas menyindir penyokong Manchester City yang sebelum ini tular dengan isu "botol Arsenal", sejurus The Gunners disahkan menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2025/2026.Kejuaraan itu disahkan selepas Bournemouth mengikat City 1-1 di Stadium Vitality dalam aksi minggu ke-37, sekali gus memastikan Arsenal kendalian Mikel Arteta tidak lagi mampu dipintas di puncak liga.Sejurus pengesahan gelaran, suasana di London Colney bertukar meriah dengan pemain meraikan kejayaan yang sudah lama dinantikan selepas beberapa musim berdepan kritikan dan label sebagai pasukan yang gagal pada saat penting.Gabriel menjadi antara tumpuan apabila dipercayai membalas sindiran penyokong City yang sebelum ini tular di media sosial menerusi kandungan "botol Arsenal" dan ejekan terhadap penyokong The Gunners sepanjang perebutan kejuaraan.Gabriel tidak mengambil masa lama membalas sindiran penyokong City, Tal Rehman yang sebelum ini tular di media sosial dengan isu 'botol Arsenal' serta ejekan terhadap penyokong The Gunners sepanjang perebutan kejuaraan.Pertahanan Brazil itu memuat naik hantaran di media sosial dengan kapsyen ringkas "Terlalu banyak berfikir?", dipercayai ditujukan kepada Tal yang sering melabel Arsenal sebagai pasukan yang mudah goyah ketika tekanan.Sebelum ini, Arsenal beberapa kali dihimpit kritikan dalam perebutan gelaran liga, namun musim ini menyaksikan mereka lebih konsisten sehingga berjaya merampas takhta daripada City.Arsenal turut mengesahkan kejuaraan lebih awal selepas kemenangan 1-0 ke atas Burnley sebelum keputusan di Bournemouth melengkapkan misi mereka.Kejuaraan ini menjadi gelaran Liga Perdana Inggeris pertama Arsenal sejak era ‘Invincibles’ musim 2003/2004, sekali gus menamatkan penantian lebih dua dekad dengan penuh pembuktian.

Go to News Site