Collector
Kilang kayu musnah dalam kebakaran | Collector
Kilang kayu musnah dalam kebakaran
Sinar Harian

Kilang kayu musnah dalam kebakaran

PUCHONG – Sebuah kilang kayu di Taman Putra Perdana di sini musnah dalam kebakaran pada Khamis.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.05 pagi."Seramai 38 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya serta bantuan BBP Dengkil, BBP Puchong dan BBP Seri Kembangan bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 14 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya tiba di lokasi kira-kira 11 minit kemudian, mendapati sebuah kilang kayu kelas C terbakar 80 peratus."Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran hos sepanjang 61 meter dengan enam pancutan nozel daripada sumber air pili bomba serta water tanker," katanya.Beliau berkata, api berjaya dikawal pada jam 4 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 5 pagi."Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Go to News Site