Collector
Empat motosikal polis trafik IPD Pasir Puteh terbakar | Collector
Empat motosikal polis trafik IPD Pasir Puteh terbakar
Sinar Harian

Empat motosikal polis trafik IPD Pasir Puteh terbakar

PASIR PUTEH – Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang turut melibatkan sebahagian bangunan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh awal pagi Khamis.Dalam kejadian kira-kira jam 2.27 pagi itu, sebuah lagi motosikal awam turut terbakar.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sebelum sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) bersama 10 anggota digerakkan ke lokasi kejadian.Menurut beliau, pasukan bomba tiba di lokasi dan mendapati kebakaran melibatkan motosikal polis trafik serta sebahagian bangunan."Komander operasi melakukan size-up dan mendapati kebakaran melibatkan empat buah motosikal polis trafik, sebuah motosikal awam dan bangunan."Anggaran kemusnahan melibatkan motosikal adalah 100 peratus manakala bangunan kira-kira 10 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Beliau memberitahu, operasi pemadaman berjaya dikawal pada jam 2.43 pagi sebelum tamat sepenuhnya pada jam 3.40 pagi.Katanya, tiada mangsa dilaporkan cedera dan lokasi kejadian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.Ujar Azhar Elmi, punca kebakaran bagaimanapun masih dalam siasatan.

Go to News Site