Collector
Datakraf permudah teknologi digital | Collector
Datakraf permudah teknologi digital
Sinar Harian

Datakraf permudah teknologi digital

Teknologi yang canggih tidak membawa makna sekiranya gagal memudahkan kerja, mempercepatkan proses dan membantu organisasi beroperasi dengan lebih cekap.Atas pegangan itu, Datakraf Solution Sdn Bhd (Datakraf) terus komited menyediakan perkhidmatan digital dan teknologi maklumat (IT) yang praktikal, mudah difahami serta mampu memberi impak sebenar kepada pelanggan.Berpegang kepada moto delivering digital technologies in the simplest way possible, Datakraf tampil dengan pendekatan berbeza dalam membantu organisasi mendigitalkan proses kerja, memperkukuh sistem operasi dan mencapai efi siensi optimum melalui teknologi yang sesuai dengan keperluan sebenar pelanggan.Pengasas dan Pengarah Urusan Datakraf, Ts Dr Mohd Al Iman Zakaria berkata, teknologi pada hari ini semakin kompleks dan tidak semua organisasi mempunyai kepakaran dalaman untuk memahami, memilih serta melaksanakan penyelesaian digital yang tepat.Menurutnya, peranan Datakraf bukan sekadar menyediakan teknologi, sebaliknya membantu pelanggan menterjemahkan teknologi yang kompleks kepada penyelesaian yang mudah digunakan, berkesan dan memberi nilai kepada operasi harian mereka."Datakraf membawa pendekatan untuk menyampaikan teknologi digital dengan cara paling ringkas dan praktikal."Langkah transformasi kami bermula apabila menyedari banyak organisasi berdepan ketidak- selarasan antara sistem serta kekangan interoperability."Kami mahu pelanggan dapat menggunakan teknologi dengan yakin, faham fungsinya dan melihat kesannya kepada produktiviti organisasi," katanya.Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas Bisnes Sinar Awards (BISA) 2026 yang diadakan di Hotel Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini.Pada majlis tersebut, Datakraf menerima pengiktirafan bagi kategori Anugerah Inovasi Integrasi Digital, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara penyedia perkhidmatan IT tempatan yang semakin berkembang dalam landskap pendigitalan negara.Mohd Al Iman berkata, pengiktirafan itu menjadi dorongan kepada Datakraf untuk terus memperluas peranan sebagai rakan teknologi kepada pelanggan daripada pelbagai sektor termasuk kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan bukan kerajaan (NGO), industri minyak dan gas (O&G) serta sektor korporat.Pembangunan penyelesaian digital menyeluruhKatanya, Datakraf memberi tumpuan kepada pembangunan penyelesaian digital menyeluruh merangkumi perkhidmatan IT, pembangunan sistem, automasi proses kerja, integrasi digital dan sokongan teknologi yang membantu organisasi bekerja dengan lebih tersusun, pantas dan berkesan."Kami membantu pelanggan menyambungkan sistem, menyelaraskan aliran data dan membina penyelesaian digital yang lebih bersepadu supaya teknologi benar-benar menyokong operasi harian, bukan sekadar menjadi platform tambahan yang menambah kerumitan," katanya.Menurut Mohd Al Iman, pendekatan integrasi itu penting kerana pendigitalan tidak seharusnya dilihat sebagai usaha membina sistem baharu semata-mata, sebaliknya memastikan semua sistem, proses dan data dapat berfungsi secara lebih lancar dalam satu ekosistem kerja yang efi sien.Tambahnya, pendigitalan tidak seharusnya dilihat sebagai usaha membina sistem baharu semata-mata, tetapi memastikan semua sistem dan data dapat berfungsi secara lancar dalam satu ekosistem yang bersepadu.Beliau berkata, pendekatan itu membolehkan Datakraf berkembang daripada syarikat IT tempatan kepada super solution integrator yang mampu mengendalikan projek berskala besar dan kompleks.Sehingga kini, Datakraf telah mengendalikan lebih 500 klien daripada pelbagai sektor serta melaksanakan kira-kira 56 projek berskala besar melibatkan keperluan digital, IT dan integrasi teknologi.Dalam masa sama, Mohd Al Iman berkata, kejayaan Datakraf turut didorong oleh keyakinan terhadap bakat tempatan dalam bidang IT dan pembangunan sistem."Datakraf mahu dikenali bukan sekadar sebagai penyedia teknologi, tetapi rakan strategik yang membantu pelanggan melalui perjalanan pendigitalan mereka dengan lebih mudah dan berkesan," katanya.Pengiktirafan terhadap dedikasi warga kerjaMengulas mengenai pengiktirafan BISA 2026, Mohd Al Iman berkata, anugerah tersebut menjadi penghargaan kepada usaha dan komitmen seluruh warga kerja Datakraf dalam membangunkan solusi digital yang memberi impak kepada pelanggan.Katanya, kejayaan itu membuktikan syarikat tempatan mampu membina jenama teknologi yang dipercayai dengan pasukan kukuh serta pemahaman terhadap keperluan pelanggan."Datakraf mahu dikenali bukan sekadar penyedia teknologi, tetapi rakan strategik yang membantu pelanggan melalui proses pendigitalan dengan lebih mudah dan berkesan," katanya.Beliau berkata, Datakraf akan terus memperkukuh kepakaran dalam bidang digital dan IT bagi membantu lebih ramai organisasi mendigitalkan operasi serta meningkatkan kecekapan kerja.

Go to News Site