Sinar Harian
ROMPIN - Seorang wanita maut manakala anak lelakinya berusia enam tahun parah selepas motosikal dinaiki mereka dipercayai dirempuh lori terbabas di Kilometer 64, Jalan Ibam-Rompin berhampiran pencawang elektrik Kampung Kundang di sini pada Rabu.Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, dalam kemalangan kira-kira jam 4.45 petang itu, mangsa, Normala Siti, 31, beralamat dari RPS Kedaik, Kuala Rompin disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Muadzam Shah di sini.Menurutnya, anak mangsa, Cheau Ket Daren yang parah turut dihantar di hospital sama manakala pemandu lori berusia 40 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan."Siasatan awal mendapati kemalangan dibercayai berlaku ketika lori tipper jenis Hohan dalam perjalanan dari arah Felda Selendang menghala ke Muadzam Shah manakala mangsa yang menunggang motosikal jenis Y15ZR dari arah bertentangan."Ketika tiba di lokasi kejadian, lori terbabit dipercayai mengalami kerosakan apabila enjinnya mati secara tiba-tiba," katanya.Sharif Shai berkata, ekoran itu, stereng lori dipercayai bermasalah menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal dinaiki mangsa bersama anaknya.Katanya, akibat kemalangan itu, dua beranak terbabit mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk rawatan lanjut."Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di unit kecemasan hospital berkenaan jam 7.45 petang."Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.Sementara itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kemalangan tersebut agar tampil membanfu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat di talian 017-9249261 atau mana-mana balai polis berhampiran
Go to News Site