Collector
Sindiket tawar kerja sambilan kepada warga Iraq tumpas | Collector
Sindiket tawar kerja sambilan kepada warga Iraq tumpas
Sinar Harian

Sindiket tawar kerja sambilan kepada warga Iraq tumpas

SHAH ALAM - Sindiket yang menawarkan pekerjaan sambilan kepada warganegara Iraq secara dalam talian ditumpaskan menerusi serbuan di sebuah banglo dua tingkat di Setia Alam, di sini pada Selasa.Serbuan kira-kira jam 3.30 petang itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bersama anggota Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, serbuan tersebut berjaya menahan 14 lelaki berusia antara 19 hingga 41 tahun.Beliau berkata, daripada jumlah itu, seorang merupakan lelaki tempatan manakala 13 lagi ialah warga asing."Kesemua suspek disyaki terlibat dalam sindiket penipuan tawaran pekerjaan sambilan yang menyasarkan warganegara Iraq."Siasatan awal mendapati sindiket ini mula beroperasi sejak Februari 2026," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Khamis.Menurutnya, semua tangkapan dipercayai berperanan sebagai operator yang menawarkan pekerjaan sambilan secara dalam talian."Sindiket berkenaan menggunakan aplikasi WhatsApp, Telegram serta beberapa laman sesawang bagi memperdayakan mangsa."Hasil serbuan, polis turut merampas 20 unit telefon bimbit, 12 unit set komputer, dua buah motokar dan satu unit penghala WiFi dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM132,000," katanya.Shazeli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan."Kesemua suspek kini direman sehingga 23 Mei bagi membantu siasatan lanjut," katanya.

Go to News Site