Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Negara-negara anggota ASEAN telah bersetuju untuk mempercepatkan pelaksanaan inisiatif Grid Tenaga ASEAN (APG) dan usaha ketersambungan tenaga serantau untuk memperkukuh kerjasama keselamatan tenaga, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, persetujuan itu dicapai semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) yang terbaharu, merangkumi perbincangan mengenai Saluran Paip Gas Trans-ASEAN dan perkongsian sumber tenaga yang ada dalam kalangan negara anggota ASEAN."Diharapkan menjelang Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN akan datang (pada November), kita akan dapat memuktamadkan atau merealisasikan objektif tertentu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Kepimpinan AI 2026 yang dianjurkan oleh Microsoft Malaysia di sini pada Khamis.- Bernama
Go to News Site