Collector
Dua lelaki maut tertimbus ketika lombong emas tanpa lesen | Collector
Dua lelaki maut tertimbus ketika lombong emas tanpa lesen
Sinar Harian

Dua lelaki maut tertimbus ketika lombong emas tanpa lesen

JELI - Dua lelaki maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh dipercayai melombong emas tanpa lesen di kawasan ladang sawit Kampung Jerimbong, Kuala Balah di sini pada Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, kedua-dua mangsa, Muhamad Ali Akhbar, 38, dan Mohamad Noor Illyas Suhaisham, 32, dipercayai sedang menjalankan kerja perlombongan emas secara haram sebelum timbunan tanah runtuh lalu menimbus mereka.Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Kamarulzaman Harun berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 6.30 petang.Menurut beliau, operasi menyelamat segera dijalankan dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Jeli bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa dari lokasi kejadian."Operasi menyelamat mengambil masa kira-kira dua jam sebelum kedua-dua mangsa berjaya dibawa keluar."Siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki tempatan terbabit menjalankan aktiviti melombong emas tanpa sebarang lesen di kawasan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Beliau memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Jeli untuk dibedah siasat yang dijadualkan berlangsung jam 10 pagi.Ujarnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan dijalankan di bawah laporan SDR.Kamarulzaman turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menjalankan aktiviti perlombongan haram kerana ia bukan sahaja menyalahi undang-undang malah boleh mengundang risiko kehilangan nyawa."Sebarang tindakan undang-undang boleh diambil terhadap individu yang terlibat dalam aktiviti perlombongan haram," katanya.Sebelum itu Sinar Harian Online melaporkan dua lelaki maut selepas tertimbus dalam runtuhan tebing tanah setinggi dua meter dipercayai berlaku ketika aktiviti melombong emas di kawasan anak sungai Ladang Sawit Jerimbong di sini pada Rabu malam.Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, seorang lagi mangsa dilaporkan terselamat.

Go to News Site