Collector
'Dia jadi pemarah, gelisah...' - Bapa mangsa maut tertimbus lombong emas | Collector
'Dia jadi pemarah, gelisah...' - Bapa mangsa maut tertimbus lombong emas
Sinar Harian

'Dia jadi pemarah, gelisah...' - Bapa mangsa maut tertimbus lombong emas

JELI - "Dia jadi pemarah, gelisah... rupanya petanda akan pergi selamanya."Demikian kata bapa kepada mangsa maut akibat runtuhan tebing tanah setinggi dua meter yang dipercayai berlaku ketika aktiviti melombong emas di kawasan anak sungai Ladang Sawit Jerimbong, di sini, Mohamad Noor Illyas Suhaisham, 32, iaitu Suhaisham Mohd Salleh, 56, ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Jeli.Menurut bapa kepada tiga anak itu, kali terakhir dia bertemu mangsa ialah dua hari lalu.Ujarnya, sebaik sahaja mengetahui tentang kematian anak sulungnya itu, dia masih sukar melelapkan mata kerana terlalu terkejut.Suhaisham berkata, dia menerima panggilan mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu pada jam 12 tengah malam."Selepas menerima panggilan tersebut sehingga sekarang saya masih terkejut dan sukar melelapkan mata."Kerana saya dan dia rapat. Setiap kali dia keluar dan pulang lewat, saya tunggu. Dia sudah dua hari tidak pulang, tahu-tahu sudah meninggal dunia," katanya.Menurutnya, mangsa bekerja sendiri dan melakukan pelbagai pekerjaan.Ujarnya, dia tidak mengetahui anaknya itu masuk ke hutan untuk melombong emas.Sementara itu, adiknya, Nur Illyanis, 29, memberitahu mesej terakhir yang dihantar kepada abangnya pada jam 10 pagi, Rabu tidak dibalas."Sebelum itu kami ada bermesej, dia minta tolong uruskan kenderaan untuk membawa motosikalnya pulang ke rumah."Dia juga ada minta saya carikan ketupat pulut hitam untuk dimakan pada Aidiladha ini," katanya.Menurut anak kedua itu, dia mengetahui abang sulungnya meninggal dunia selepas dimaklumkan bapanya.Ujarnya, jenazah abangnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Balah, di sini.Sementara itu adiknya, Nur Illyanis, 29, memberitahu mesej terakhir yang dihantar kepada abangnya pada jam 10 pagi pada Rabu tidak dibalas."Sebelum itu kami ada bermesej, dia minta tolong uruskan kenderaan untuk bawa motosikalnya pulang ke rumah."Dia juga ada minta saya carikan ketupat pulut hitam untuk dimakan pada Aidiladha ini," katanya.Menurut anak kedua ini, dia mengetahui abang sulungnya itu meninggal dunia selepas dimaklumkan oleh bapanya.Ujarnya, jenazah abangnya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Balah, di sini.

Go to News Site