Sinar Harian
SHAH ALAM – Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua akan dipanggil untuk direkod keterangan dalam masa terdekat susulan hantaran yang didakwa menyentuh isu Raja Berperlembagaan dan Rukun Negara.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan berhubung kes itu kini dikendalikan Polis Kontinjen Selangor.Menurutnya, sehingga pagi Khamis, sebanyak 59 laporan polis telah dibuat membabitkan kenyataan yang dimuat naik oleh Tony Pua itu."Sehingga pagi tadi saya telah ditaklimatkan sebanyak 59 laporan polis dibuat di seluruh negara dan siasatan dijalankan oleh pihak IPK Selangor."Keseluruhan 59 laporan itu melibatkan pelbagai balai polis di seluruh negara, bukan hanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sahaja," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini pada Khamis.href="https://www.sinarharian.com.my/article/780790/berita/politik/tony-pua-kongsi-penghayatan-mukadimah-rukun-negara">Tony Pua kongsi penghayatan mukadimah Rukun Negara'Saya terpaksa cari maksud kaduk naik junjung', - Tony PuaPersenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf WajdiTony Pua dakwa kuasa raja terhad pada aspek tertentuPersenda titah sultan: Tony Pua biadab, bagai kaduk naik junjung - Asyraf Wajdi'Cukup-cukuplah kerjasama dengan mereka, titah Sultan pun sanggup diperlekeh' - Akmal SalehHormati Institusi Raja, jangan pilih Perlembagaan ikut kepentingan politik - Mohamed SukriMedia sebelum ini melaporkan, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titah baginda menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Selangor, Ronnie Liu hadir sekurang-kurangnya seminggu sekali ke Dataran Selangor bagi membaca Rukun Negara yang ditulis di plak di situ selain menghormati institusi raja.Susulan itu, Tony Pua menerusi hantaran di Facebook menyatakan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa Raja secara amnya terhad kepada aspek tertentu termasuk adat Melayu, Islam serta fungsi Perlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar dan perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
Go to News Site