Sinar Harian
KOTA KINABALU - Pakar psikiatri forensik berpendapat bahawa konflik antara anak dan ibu bapa bukanlah faktor langsung yang membawa kepada tindakan menamatkan riwayat sendiri seperti dirumuskan dalam laporan autopsi psikologi kematian Zara Qairina Mahathir.Saksi ke-67 inkues, Dr Chua Sze Hung, 43, dari Hospital Mesra Bukit Padang berkata, konflik yang dirasai antara anak dan ibu bapa hanya merupakan salah satu daripada faktor pendorong atau faktor tidak langsung."Dalam konteks ini, saya ingin nyatakan bahawa konflik antara anak dan ibu bapa yang dirasai itu bukanlah faktor langsung."Ia adalah salah satu daripada banyak faktor pendorong (pre-disposing factors) atau dikenali sebagai faktor tidak langsung."Pada pendapat saya, faktor langsung di sini adalah maklumat yang mencetuskan tekanan (stressful information) dan rasa terasing atau pengasingan (isolation) yang dirasai oleh mangsa pada saat-saat akhir tersebut," katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pegawai pengendali merangkap Timbalan Pendakwa Raya, Dacia Jane Romanus berhubung kesimpulan laporan autopsi psikologi yang menyatakan tindakan menamatkan riwayat sebagai punca paling berkemungkinan dalam kematian remaja tersebut.
Go to News Site