Collector
Cubaan seludup 101 kambing 'korban' gagal | Collector
Cubaan seludup 101 kambing 'korban' gagal
Sinar Harian

Cubaan seludup 101 kambing 'korban' gagal

IPOH - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak mematahkan cubaan memindahkan 101 ekor kambing secara haram dipercayai untuk bekalan Hari Raya Aidiladha dalam satu operasi pada Khamis.Pemeriksaan sempena Op Korban Tegas 2026 sekitar jam 3.30 pagi itu dilakukan melibatkan sebuah lori yang dalam keadaan mencurigakan di Hentian Sebelah Ladang Bikam arah selatan dekat Bidor.Pengarah JPV Perak, Dr Saifullizam Abd Kadir berkata, semasa pemeriksaan, pemandu terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen pemindahan ternakan yang sah."Pemeriksaan lanjut mendapati, pemandu menggunakan kanvas bagi menutup keseluruhan bahagian belakang kenderaan."Taktik itu bagi mengaburi pihak penguat kuasa," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM15,000 jika sabit kesalahan.Op Korban Tegas 2026 dilaksanakan sempena Aidiladha sehingga hari perayaan bagi mengawal serta membanteras aktiviti pemindahan ternakan tanpa kebenaran sah.

Go to News Site