Collector
KPDN giat buru dalang penyelewengan subsidi diesel | Collector
KPDN giat buru dalang penyelewengan subsidi diesel
Sinar Harian

KPDN giat buru dalang penyelewengan subsidi diesel

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka tidak menolak wujud penyelewengan diesel di negeri berkenaan susulan peningkatan harga bahan api global.Pengarah KPDN Melaka, Dr Mohd Hazimin Jamaludin berkata, hasil risikan yang dijalankan baru-baru ini berjaya membawa kepada penahanan sebuah lori yang diubah suai bagi tujuan penyelewengan diesel."Semasa serbuan dilakukan, lori terbabit dikesan mempunyai tangki yang diubah suai dengan kapasiti kira-kira 3,000 liter diesel dan kes berkenaan telah didakwa di mahkamah."Setakat ini terdapat dua tangkapan membabitkan penyalahgunaan fleet card milik syarikat lain untuk mengisi diesel ke tangki tambahan lori," katanya ketika ditemui pada sambutan Hari Penguat Kuasa ke-54 peringkat Melaka di Wisma Kastam pada Khamis.Katanya, KPDN Melaka juga tidak menolak wujud kartel atau jaringan sindiket dalam kegiatan itu dan sedang mengumpul bukti menerusi risikan yang dilakukan."Dijangka ramai lagi yang terlibat dengan kegiatan itu. Jika dikesan berlaku penyalahgunaan fleet card, pemegang kad boleh ditamatkan kemudahan selain berdepan pendakwaan di mahkamah," katanya.Sementara itu, menerusi usaha membanteras jenayah perdagangan dalam Op Tiris 4.0 Bersepadu yang bermula sejak 16 Mac 2026, KPDN Melaka telah merekodkan sebanyak 12 kes dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM388,898.Menurut beliau, operasi bersepadu itu melibatkan kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan kelestarian perdagangan serta menjamin ekosistem ekonomi terus berjalan dengan baik demi kepentingan pengguna."KPDN memberi amaran dan mengingatkan semua peniaga supaya sentiasa mematuhi peraturan serta undang-undang yang ditetapkan kerajaan."Pegawai penguat kuasa KPDN Melaka sentiasa bersedia menjalankan pemantauan dan operasi bagi memastikan tiada pelanggaran undang-undang berlaku," katanya.Beliau turut menyeru orang ramai supaya menjadi mata dan telinga KPDN dengan menyalurkan maklumat berkaitan salah laku perdagangan dan isu kepenggunaan.Dalam perkembangan berasingan, beliau memaklumkan KPDN akan mengadakan Jualan Rahmah sempena Aidiladha di 96 lokasi di negeri ini bermula 24 hingga 26 Mei yang menawarkan potongan harga sehingga 30 peratus.

Go to News Site