Sinar Harian
JELI - "Adik bakal timang anak kelima, isterinya sedang sarat mengandung lapan bulan dan menangis bila tahu suami tertimbus tanah."Demikian kata Mohd Zaki Ali Akhbar, 41, abang kepada Mohamad Ali Akhbar, 38, yang maut runtuhan tebing tanah setinggi dua meter dipercayai berlaku ketika aktiviti melombong emas di kawasan anak sungai Ladang Sawit Jerimbong di sini ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Jeli di sini pada Khamis.Menurutnya, dia dimaklumkan isteri adiknya itu, Ummi Mastura Mohd Din, 30, menangis dan terkejut dengan kejadian yang menimpa suaminya."Adik ipar akan bersalin Ogos ini dan mereka mempunyai empat orang anak berusia 12 hingga 2 tahun."Arwah merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik dimana dia bekerja mengambil upah membaja kelapa sawit dan menoreh getah," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: "Adik ipar akan bersalin Ogos ini dan mereka mempunyai empat orang anak berusia 12 hingga 2 tahun.Dua lelaki maut tertimbus ketika lombong emas tanpa lesen'Dia jadi pemarah, gelisah...' - Bapa mangsa maut tertimbus lombong emasMenurut Mohd Zaki, kali terakhir dia berhubung dengan Mohamad pada dua minggu lalu melalui telefon.Ujarnya yang tinggal di Kuantan, Pahang, sehingga sekarang dia masih terkejut dengan pemergian adiknya itu yang diketahui pada malam Rabu."Saya terus bertolak pulang ke Jeli. Isteri arwah mewakilkan saya untuk menguruskan jenazah arwah di sini," katanya.Menurut dia, jenazah Mohamad akan dikebumikan di Kampung Bukit Jering di sini selepas selesai urusan bedah siasat.
Go to News Site