Sinar Harian
JELI - "Abang minta carikan ketupat pulut hitam untuk dimakan pada Aidiladha ini."Demikian cerita Nur Illyanis Suhaisham, 29, ketika berkongsi hasrat abangnya, Mohamad Noor Illyas, 32, sebelum ditemukan maut akibat runtuhan tebing tanah setinggi dua meter yang dipercayai berlaku ketika aktiviti melombong emas di kawasan anak sungai Ladang Sawit Jerimbong, di sini pada Rabu.Katanya, kali terakhir mereka bermesej ialah pada jam 10 pagi sebelum kejadian, namun mesej itu tidak dibalas."Sebelum itu kami ada bermesej, dia minta tolong uruskan kenderaan untuk membawa motosikalnya pulang ke rumah."Dia juga ada minta saya carikan ketupat pulut hitam untuk dimakan pada Aidiladha ini," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: 'Isteri adik sarat mengandung anak kelima menangis bila tahu suami maut tertimbus'"Adik ipar akan bersalin Ogos ini dan mereka mempunyai empat orang anak berusia 12 hingga 2 tahun.Dua lelaki maut tertimbus ketika lombong emas tanpa lesen'Dia jadi pemarah, gelisah...' - Bapa mangsa maut tertimbus lombong emasMenurut anak kedua itu, dia mengetahui abang sulungnya meninggal dunia selepas dimaklumkan bapanya.Ujarnya, jenazah abangnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Balah, di sini.Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan dua lelaki maut selepas tertimbus dalam runtuhan tebing tanah setinggi dua meter yang dipercayai berlaku ketika aktiviti melombong emas di kawasan anak sungai Ladang Sawit Jerimbong, di sini pada Rabu malam.Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, seorang lagi mangsa dilaporkan terselamat.
Go to News Site