Collector
Lelaki ditemui mati dalam longkang | Collector
Lelaki ditemui mati dalam longkang
Sinar Harian

Lelaki ditemui mati dalam longkang

GEORGE TOWN – Seorang lelaki warga tempatan ditemukan meninggal dunia di dalam longkang berhampiran deretan kedai di Jalan Kedah di sini pada Khamis.Kejadian itu disedari orang awam sebelum maklumat mengenainya diterima Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut kira-kira jam 9.26 pagi.Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati mangsa merupakan lelaki berusia 37 tahun yang beralamat di Kapar, Selangor.Menurutnya, mangsa dipercayai seorang gelandangan dan sering dilihat berada serta menginap di kawasan berhampiran lokasi kejadian."Pasukan siasatan Forensik Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang telah menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian dan pada tubuh mangsa."Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat yang dijadual dijalankan pada Jumaat.Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan laporan mati mengejut dibuka bagi siasatan lanjut.

Go to News Site