Collector
Bomba selamatkan bas dari musnah terbakar | Collector
Bomba selamatkan bas dari musnah terbakar
Sinar Harian

Bomba selamatkan bas dari musnah terbakar

KUANTAN- Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan sebuah bas ekspres dari musnah terbakar di Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Istana Mahkota, Pekan pada Khamis.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, bas ekspres tanpa penumpang itu dipercayai baru keluar dari bengkel dan dalam perjalanan ke Kuantan.Menurutnya, ketika tiba di lokasi, pemandu menyedari berlaku kebakaran pada bahagian enjin bas berkenaan."Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian jam 2.20 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Peramu ke lokasi yang terletak kira-kira lima kilometer dari balai untuk bantuan pemadaman."Sejurus tiba, anggota bertindak memadamkan kebakaran dengan menggunakan aliran salur bantu mula air tangki pam jentera hingga api dapat dipadamkan sepenuhnya," katanya.Mohd Salahaluddin berkata, operasi dibantu anggota dari balai bantuan, BBP Pekan mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum api berjaya dipadamkan sepenuhnya."Pemeriksaan secara menyeluruh dilakukan. memastikan tiada lagi punca api yang boleh menyebabkan berlakunya kebakaran berulang sebelum operasi ditamatkan."Punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan unit forensik bomba," katanya.

Go to News Site