Sinar Harian
MAKKAH– Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan dua jemaah haji Malaysia bagi musim haji 1447H/2026M telah meninggal dunia di Makkah.Jemaah pertama merupakan seorang lelaki berusia 64 tahun berasal dari Parit Buntar, Perak yang hadir ke Tanah Suci bersama isterinya. Allahyarham disahkan meninggal dunia di Hospital King Faisal pada 19 Mei jam 8.29 malam akibat asma yang teruk.Allahyarham merupakan jemaah di bawah Syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) kumpulan KT79 dan menginap di Al Safwah Hotel, Makkah.Sementara itu, jemaah kedua merupakan seorang wanita berusia 66 tahun berasal dari Tawau, Sabah yang hadir ke Tanah Suci bersama suami. Allahyarhamah merupakan jemaah kumpulan KT82 yang menginap di Hotel Abraj Al-Tayseer, Makkah.Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Saudi German pada 20 Mei jam 10.50 pagi akibat serangan jantung."Kedua-dua jenazah telah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas selesai proses dokumentasi sebelum selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea, Makkah," menurut kenyataan itu pada Khamis.Lembaga Tabung Haji (TH) merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham dan Allahyarhamah atas pemergian tersebut.
Go to News Site