Collector
'Saya belum buat keputusan' - Ahli Parlimen Sungai Siput | Collector
'Saya belum buat keputusan' - Ahli Parlimen Sungai Siput
Sinar Harian

'Saya belum buat keputusan' - Ahli Parlimen Sungai Siput

SUNGAI SIPUT – Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan masih berteka-teki mengenai kedudukannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sebalik kehadirannya pada pelancaran Parti Bersama Malaysia (Bersama) baru-baru ini.Menurut beliau, kehadirannya pada majlis yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli itu bukan bermaksud memberi bayangan akan menyertai parti berkenaan.Jelasnya, keberadaan beliau pada majlis tersebut atas dasar persahabatan yang telah terjalin lebih dua dekad bersama bekas Timbalan Presiden PKR itu."Saudara Rafizi ialah rakan saya lebih 23 tahun dalam politik. Apabila beliau dan saudara Nik (Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad) yang merupakan sahabat seperjuangan menghantar jemputan, sudah pasti sebagai rakan saya hadir untuk mendengar sendiri hala tuju yang ingin diumumkan."Keberadaan saya di situ adalah untuk meraikan sahabat yang ingin mengumumkan hala tuju politiknya," katanya kepada pemberita.Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Apresiasi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Parlimen Sungai Siput di sebuah hotel, di sini pada Khamis.Mengulas persepsi yang timbul susulan kehadirannya pada majlis berkenaan, Kesavan berkata, sebagai sebuah negara demokrasi, setiap individu mempunyai hak untuk menghadiri mana-mana program tanpa perlu dikaitkan dengan tafsiran politik tertentu."Dalam konteks Sungai Siput, saya hadir ke semua program parti sama ada dalam kerajaan atau luar kerajaan. Saya juga hadir program parti-parti lain termasuk Barisan Nasional kerana kita berada dalam Kerajaan Perpaduan."Ini tidak bermakna kehadiran saya itu membawa maksud tertentu. Sebagai sahabat lama dalam perjuangan, apabila ada jemputan kita hormat," katanya.Pada 17 Mei lalu, Sinar Harian melaporkan Rafizi dan Nik Nazmi ketika majlis Pengumuman Hala Tuju Politik yang diadakan di Petaling Jaya mengumumkan keluar daripada PKR dan seterusnya mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing berkuat kuasa pada Isnin.Kedua-dua bekas menteri tersebut mengesahkan bahawa mereka akan mengambil alih sebuah parti politik dikenali sebagai Parti Bersama Malaysia (MU) yang didaftarkan pada 2 Disember 2016.Selain Kesavan, antara yang kelihatan hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail; Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik.Sementara itu, sebuah portal berita melaporkan Wanita PKR mendesak enam wakil rakyat parti itu yang hadir pada majlis bersama Rafizi Ahad lalu supaya melepaskan keanggotaan parti secara sukarela.Setiausaha Wanita PKR, Sangetha Jayakumar berkata, tindakan dan pendekatan politik ‘dua kolam’ atau bermuka dua mereka bukan sahaja menjejaskan kestabilan parti malah mengkhianati kepercayaan anggota akar umbi.

Go to News Site