Collector
[VIDEO] Bas ekspres bawa 17 penumpang tiba-tiba terbakar, terbabas | Collector
[VIDEO] Bas ekspres bawa 17 penumpang tiba-tiba terbakar, terbabas
Sinar Harian

[VIDEO] Bas ekspres bawa 17 penumpang tiba-tiba terbakar, terbabas

MELAKA - Sebuah bas membawa 17 penumpang bas ekspres termasuk seorang kanak-kanak berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka tiba-tiba terbakar di Kilometer 195.9 Lebuhraya PLUS arah selatan pada Khamis.Difahamkan, kejadian berlaku apabila tayar belakang bas yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor dipercayai terbakar sebelum kenderaan itu hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh pembahagi jalan.Tinjauan di lokasi mendapati berlaku kesesakan lebih lima kilometer menghala selatan susulan sebahagian jalan terpaksa ditutup bagi operasi pemadaman.Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Fadil Saidin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada PLUS pada jam 3.04 petang sebelum tiba di lokasi kira-kira 22 minit kemudian.Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, didapati sebuah bas ekspres sedang terbakar dengan anggaran kemusnahan sekitar 80 peratus."Bas itu membawa 17 individu iaitu seorang pemandu, seorang kanak-kanak dan 15 penumpang dewasa."Bagaimanapun, semua mangsa berjaya menyelamatkan diri dan tiada kecederaan dilaporkan," katanya ditemui di lokasi kejadian.Beliau berkata, kesemua penumpang telah dipindahkan ke bas lain yang disediakan pihak syarikat untuk meneruskan perjalanan ke destinasi."Punca awal dipercayai akibat tayar belakang terbakar sebelum bas hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan."Keadaan lalu lintas ketika ini terkawal, tidak melibatkan kenderaan lain dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.

Go to News Site