Collector
The Cats sedia cakar Harimau Selatan | Collector
The Cats sedia cakar Harimau Selatan
Sinar Harian

The Cats sedia cakar Harimau Selatan

KUCHING City FC melaungkan keyakinan untuk memberi tentangan sengit apabila berdepan JDT pada aksi final Piala Malaysia malam ini.Ketua jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak menegaskan anak buahnya tidak hadir ke pentas final sebagai pelengkap jadual, sebaliknya membawa misi untuk membuktikan kemampuan sebenar selepas melalui musim penuh cabaran.Menurutnya, kekuatan utama The Cats bukan terletak pada nama besar, sebaliknya semangat kekeluargaan, disiplin tinggi dan kerja keras yang menjadi asas perjalanan mereka sehingga ke perlawanan akhir."Walaupun kami tiada pemain bintang, kerja keras setiap hari membawa kami ke tahap ini," katanya pada sidang media praperlawanan.Aidil dalam masa sama mengingatkan pemainnya agar tidak terlalu tertekan dengan suasana final, terutama pada awal permainan yang sering menjadi penentu rentak perlawanan.Beliau menekankan tempoh 15 hingga 20 minit pertama sebagai fasa paling penting untuk menyesuaikan diri dengan tekanan perlawanan berprofil tinggi itu.Mengulas mengenai cabaran menentang JDT, Aidil mengakui lawan mereka itu memiliki kelebihan pengalaman dan kualiti, namun menegaskan Kuching City tetap bersedia memberikan saingan maksimum."Ini peluang untuk kami membuktikan kenapa kami layak berada di final, termasuk pencapaian ke Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2). Saya mahu pemain bermain tanpa rasa takut dan menikmati perlawanan," jelasnya.Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada penyokong Sarawak yang sanggup melakukan perjalanan jauh ke Bukit Jalil bagi memberikan sokongan kepada pasukan."Kami tidak mahu menghampakan mereka. Mereka datang jauh untuk menyokong kami dan kami mahu berikan yang terbaik di atas padang," katanya.

Go to News Site