Collector
Agensi pembiayaan mikro diminta pergiat turun padang - PM | Collector
Agensi pembiayaan mikro diminta pergiat turun padang - PM
Sinar Harian

Agensi pembiayaan mikro diminta pergiat turun padang - PM

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agensi pembiayaan mikro supaya mempergiatkan usaha turun padang bagi mendekati peniaga kecil dan penjaja yang memerlukan sokongan modal.Menurut beliau, pendekatan itu penting bagi membantu golongan berkenaan yang berdepan dengan kekangan modal untuk meningkatkan perniagaan masing-masing."Dua minggu lalu saya panggil semua agensi mikro kredit (ke) pejabat, tanya tentang pelaksanaan program setelah saya lihat laporan Khazanah Research Institute (KRI) yang menunjukkan kemudahan pinjaman banyak tetapi kadang- kadang tidak diketahui dan tidak dimanfaat."Jadi, saya bincang dengan agensi berkenaan seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), Tekun Nasional, Bank Rakyat, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Agrobank untuk turun padang, jangan minta mereka datang ke pejabat."Turun dan beritahu manfaatnya. Saya lihat ratusan syarikat kecil memulakan perniagaan, tetapi kadang-kadang mereka hanya perlukan pinjaman RM10,000 atau RM20,000," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Tinjauan Peniaga Kecil di Lapangan di Pasar Tani Taman Melawati di sini pada Sabtu.Pada 17 Mei lalu, Kerajaan Madani mengumumkan kemudahan pembiayaan mikroberjumlah lebih RM5 bilion bagi tahun 2026, yang dijangka memanfaatkan lebih 400,000 usahawan mikro.Kemudahan tersebut melibatkan pinjaman sehingga RM100,000 dengan kadar pembiayaan bagi skim tertentu serendah 4 peratus setahun.Mengulas lanjut, Anwar berkata, kadar bayaran balik pinjaman dalam kalangan peminjam berpendapatan rendah juga sangat baik.Ia sekali gus ujarnya, membuktikan disiplin kewangan golongan tersebut berada pada tahap yang baik."Terima kasih kepada agensi ini, mereka turun sendiri dengan pegawai mereka bagi penerangan untuk memudahkan pinjaman," katanya.

Go to News Site