Collector
Perkasa penggunaan poligraf tangani jenayah, isu integriti | Collector
Perkasa penggunaan poligraf tangani jenayah, isu integriti
Sinar Harian

Perkasa penggunaan poligraf tangani jenayah, isu integriti

KUALA LUMPUR – Perkongsian kepakaran dan pengalaman antara agensi penguatkuasaan serta organisasi berkaitan mampu meningkatkan kerjasama strategik dalam usaha memerangi jenayah, salah laku dan isu berkaitan integriti.Pendekatan itu menjadi antara fokus Seminar Poligraf Malaysia: Peranan Poligraf dalam Saringan Pekerjaan anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di sini.Timbalan Pengarah Akademik dan Latihan Asas MACA SPRM, Mohd Saud Ayutollah Abdul Manan berkata, seminar tersebut menjadi platform penting bagi meningkatkan pengetahuan serta amalan terbaik dalam bidang poligraf di peringkat nasional."Kerjasama rentas agensi menerusi perkongsian kepakaran dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengurusan integriti organisasi dan pengendalian siasatan melibatkan aspek keselamatan."Perkongsian kepakaran dan pengalaman rentas agensi seperti ini diharap dapat diteruskan pada masa hadapan sekali gus meningkatkan kerjasama strategik antara agensi dalam usaha memerangi jenayah, salah laku serta isu berkaitan integriti," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutup seminar berkenaan di Dewan Tun Ismail, MACA di sini pada Khamis.Mohd Saud berkata, SPRM berharap Seminar Poligraf Malaysia dapat diteruskan secara berkala dalam skala lebih besar melalui penganjuran penyelidikan, kolokium dan seminar ilmiah.Katanya, usaha itu penting bagi meningkatkan pembangunan kepakaran serta potensi penggunaan teknologi poligraf di Malaysia.Seminar itu disertai seramai 60 peserta terdiri daripada wakil pelbagai agensi penguatkuasaan, badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pemain industri teknologi poligraf.Antara organisasi terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Turut menyertai seminar itu ialah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan XSpec Technology

Go to News Site