Sinar Harian
KEMAMAN – Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) menanggung kerugian kira-kira RM200 juta setahun akibat masalah Air Tidak Berhasil (NRW) di seluruh negeri.Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Abdul Karim Endut berkata, kadar NRW di Terengganu menunjukkan sedikit peningkatan kepada 42.84 peratus berbanding melebihi 40 peratus sebelum ini.Menurutnya, kira-kira 70 peratus kehilangan air berpunca daripada kebocoran paip lama dan usang, manakala baki 30 peratus disebabkan sambungan tidak sah, kerosakan meter serta kegiatan kecurian air."Pihak SATU terpaksa menanggung kos besar setiap tahun bagi penyelenggaraan serta penggantian paip lama."Kita juga melaksanakan tindakan pembaikan segera sebaik menerima laporan kebocoran," katanya pada sidang akhbar selepas sambutan Hari Air Sedunia peringkat Negeri Terengganu 2026 di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Sah di sini, baru-baru ini.Beliau berkata, setakat April tahun ini, penggunaan bekalan air terawat domestik direkodkan sebanyak 288.26 juta liter sehari atau 61.95 peratus, manakala sektor komersial dan industri mencatatkan 177.06 juta liter sehari (38.05 peratus).Katanya, SATU menguruskan 15 LRA yang mampu merawat dan membekalkan purata 1,031 juta liter air sehari dengan margin rizab bekalan pada paras stabil iaitu 22.5 peratus.Mengulas isu gangguan bekalan air payau di Dungun dan Kuala Terengganu, Abdul Karim berkata, fenomena penerobosan air laut menjejaskan proses rawatan air di muka sauk LRA berhampiran muara sungai.Menurutnya, langkah seperti pelepasan air dari Empangan Kenyir dan pembelian air terawat daripada LRA swasta dilaksanakan bagi mengurangkan tahap kemasinan bekalan.
Go to News Site