Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki bertindak agresif melibas pisau sehingga mencederakan seorang penyelia pengawal keselamatan dalam kejadian di hadapan sebuah pasar raya mini di Razak City Residensi, Cheras di sini pada Jumaat.Mangsa berusia 49 tahun itu dilaporkan mengalami luka torehan di bahagian kiri perut akibat diserang suspek yang berada dalam keadaan mabuk.Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Rosdi Daud berkata, pihaknya menahan suspek yang berusia 15 tahun pada hari sama bagi membantu siasatan.Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa telah menegur suspek kerana membuang tin arak di kawasan berkenaan sebelum remaja itu bertindak agresif."Suspek yang tidak berpuas hati kemudiannya melibas sebilah pisau ke arah mangsa sehingga menyebabkan kecederaan."Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Balai Polis Salak South berjaya menahan suspek di lokasi kejadian kira-kira jam 10.45 pagi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Katanya, polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut."Hasil semakan mendapati suspek tidak bersekolah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau."Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek didapati negatif dadah," katanya.Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan."Suspek telah direman sehari pada 23 Mei lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis."Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut dalam masa terdekat," katanya.
Go to News Site