Collector
'Arwah suami tak sempat temankan saya berpantang anak kedua' | Collector
'Arwah suami tak sempat temankan saya berpantang anak kedua'
Sinar Harian

'Arwah suami tak sempat temankan saya berpantang anak kedua'

KUALA TERENGGANU - Hasrat seorang isteri yang sedang hamil tujuh bulan untuk ditemani suami ketika berpantang tidak kesampaian apabila lelaki itu maut dalam tragedi bot penyelamat terjatuh ke laut di Platform Sepat, perairan Terengganu/Kelantan pada Ahad.​Mangsa, Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, merupakan salah seorang daripada tiga pekerja yang disahkan terkorban dalam insiden itu.​Isterinya, Nurkhaeryna Dhania Azreen Khairil Azri, 28, berkata, dia menerima panggilan daripada pihak syarikat pada jam 4 petang yang memaklumkan suaminya terlibat dalam kemalangan.​"Syarikat telefon beritahu suami terlibat dalam kemalangan, tetapi tidak pasti sama ada dia meninggal dunia atau tidak.​"Saya kemudian hubungi rakan-rakan dia dan dapat tahu suami sudah meninggal dunia sebelum mereka memaklumkan perkara itu kepada ibu saya," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.​Sebaik sahaja mendapat perkhabaran tersebut, dia yang menetap di Bukit Setongkol, Kuantan terus bergegas ke Kuala Terengganu dan tiba di hospital sekitar jam 7 malam.​Menurut Nurkhaeryna, kali terakhir dia bertemu suaminya adalah pada Ahad minggu lalu sebelum mangsa kembali bertugas di pelantar minyak (offshore) selama dua minggu, dan dijadualkan pulang ke rumah pada 1 Jun depan.​Katanya, sebelum kejadian, arwah sempat menghantar mesej melalui WhatsApp pada jam 7 pagi menyatakan rasa tidak sabar untuk pulang ke rumah selain mahu mengumpul cuti bagi menemaninya berpantang nanti.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga pekerja pelantar minyak maut, bot penyelamat terjatuh ke dalam lautIsteri sarat mengandung tak sangka panggilan video jadi kenangan terakhir​"Pagi tadi dia WhatsApp cakap tak sabar nak balik rumah dan mahu kumpul cuti untuk temankan saya berpantang. Selepas saya balas mesej itu, dia sudah tidak memberi sebarang respons," ujarnya pilu.​Arwah Muhammad Faezuan yang baru menyertai syarikat tersebut pada Mac lalu dilaporkan mempunyai pengalaman luas dalam bidang offshore sejak tahun 2019.Terdahulu, tiga pekerja pelantar minyak disahkan maut manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah selepas bot penyelamat (life boat) yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam laut di Platform Sepat, perairan Terengganu/Kelantan pada Ahad.​Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu, kesemua mangsa yang merupakan warga tempatan sedang menaiki bot berkenaan untuk turun ke laut bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di bahagian bawah platform tersebut.​Menurut beliau, insiden itu dipercayai berpunca apabila tali atau cangkuk (hook) yang dipasang pada bot penyelamat berkenaan tiba-tiba tercabut, menyebabkan kesemua mangsa bersama bot tersebut terjatuh ke dalam laut.

Go to News Site