Sinar Harian
SEPANG- Misi kemanusiaan ke Gaza menerusi Global Sumud Flotilla (GSF) akan terus dilaksanakan bagi meroboh dan menghancurkan Israel.Chef de Mission Sumud Nusantara Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman berkata, tarikh untuk misi kali ketiga itu akan dikongsikan kelak."Kita akan menggerakkan apa yang disebut sebagai We Rise iaitu membabitkan baki negara-negara yang tidak terlibat dalam GSF pada kali ini."Hampir 100 tahun perjuangan Palestin, kalau ada rezeki dan umur, Palestin akan dibebaskan saat kita masih lagi bernyawa. Syaratnya semua jangan berputus asa," ujarnya.Beliau berkata demikian pada Himpunan Solidariti Kepulangan Aktivis Global Sumud Flotilla 2.0 di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad.Muhammad Nadir Al-Nuri turut menyifatkan misi GSF 2 adalah berjaya susulan peningkatan sokongan global terhadap perjuangan Palestin serta lonjakan liputan antarabangsaMenurutnya, capaian dan penglibatan kandungan di platform media sosial rasmi GSF mencecah 1.5 bilion."Selain itu, lebih 20,000 artikel dalam talian di seluruh dunia diterbitkan dalam tempoh 10 hari selepas insiden kapal flotila dipintas pihak Zionis Israel pada 29 April."Dalam masa sama, sebanyak 12 negara turut mengeluarkan kecaman terhadap tindakan lanun Zionis Israel yang melanggar hak asasi manusia serta hak pelayaran antarabangsa."GSF 2.0 juga mendapat sokongan besar di Eropah apabila 81 ahli Parlimen Kesatuan Eropah menyatakan sokongan terhadap flotila berkenaan, selain lebih 1,000 ahli Parlimen seluruh dunia menandatangani Deklarasi Brussels yang menyokong perjuangan Palestin," ulasnya.
Go to News Site