Sinar Harian
SEPANG - Aktivis Malaysia berbangsa India yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, Patmanathan Sivasamy menegaskan beliau akan meneruskan perjuangan membantu rakyat Gaza meskipun berdepan pelbagai cabaran dan halangan.Beliau yang juga dikenali sebagai Kapten Siva berkata, semangat itu diperoleh daripada ahli keluarga yang sentiasa memberi sokongan kepadanya."Sebelum sertai misi GSF ini, anak lelaki saya berumur 10 tahun ada beri pesanan."Dia kata papa, saya sangat bangga dengan papa, papa teruslah pergi ke Gaza. Kalau papa tidak kembali, jangan risau, selepas 10 tahun, saya yang akan pergi ke Gaza."Satu lagi pesanan daripada abang saya, dia kata, kalau engkau tak pijak bumi Palestin, jangan balik Malaysia. Itulah semangat yang saya pegang dan akan terus memperlahankannya," katanya.Beliau berkata demikian pada Himpunan Solidariti Kepulangan Aktivis Global Sumud Flotilla 2.0 di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad.Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sentiasa mendoakan aktivis GSF sepanjang misi ini."Saya bangga jadi warga Malaysia berbangsa India. Terima kasih kerana sudi mendoakan kami."Selepas ini saya dan keluarga lebih bertekad untuk bebaskan Palestin," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: 28 aktivis GSF 2.0 selamat tiba di KLIAGSF 2.0: Aktivis Razman teruskan rawatan di Istanbul, paru-paru bocor ditumbuk tentera IsraelGSF 3.0 diteruskan, tarikh akan dikongsi- Nadir Al- NuriSeramai 28 aktivis Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Ahad.Ketibaan mereka disambut oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum bertemu dengan ahli keluarga dan penyokong yang mula berkumpul sejak jam 8 malam.Turut hadir, Duta Besar Palestin ke Malaysia, Jehad Fouad Alqdra; Pengerusi Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby.Terdahulu, kesemua aktivis itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul, Turkiye dan meneruskan perjalanan pulang ke tanah air.Seorang lagi rakyat Malaysia, Razman Mat Ali, 38, perlu meneruskan rawatan kira-kira dua minggu lagi di Istanbul, Turkiye selepas disahkan menghidap paru-paru bocor ekoran ditumbuk tentera Israel.Terdahulu, kesemua 29 aktivis terbabit adalah sebahagian daripada kumpulan 50 kapal yang belayar dari selatan Turkiye pada 14 Mei lalu dalam usaha memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza.
Go to News Site