Collector
Aktivis GSF 2.0 saksi kekejaman Israel terhadap penduduk Gaza | Collector
Aktivis GSF 2.0 saksi kekejaman Israel terhadap penduduk Gaza
Sinar Harian

Aktivis GSF 2.0 saksi kekejaman Israel terhadap penduduk Gaza

SEPANG - Aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 berkongsi pengalaman mendebarkan sepanjang pelayaran menuju ke Gaza yang disifatkan membuka mata mereka terhadap penderitaan rakyat Palestin.Peserta misi, Kapten Osman Zolkifli berkata, mereka berdepan detik cemas apabila dipintas sebanyak dua kali selain ditahan hampir dua malam di atas kapal yang diibaratkan seperti 'penjara terapung'.Menurutnya, pengalaman berdepan kesejukan melampau dan kekurangan makanan sepanjang ditahan memberi keinsafan mendalam terhadap penderitaan yang dialami rakyat Palestin sejak sekian lama."Dua kali kami dipintas dan hampir dua malam berada di kapal penjara terapung, kami merasai kesejukan dan ketiadaan makanan."Pengalaman itu memberi keinsafan besar seperti mana dirasai penduduk Palestin yang didera dan diseksa selama lebih 80 tahun," katanya ketika berucap pada Himpunan Solidariti Kepulangan Aktivis Kemanusiaan GSF 2.0 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Ahad.ARTIKEL BERKAITAN: 28 aktivis GSF 2.0 selamat tiba di KLIAGSF 2.0: Aktivis Razman teruskan rawatan di Istanbul, paru-paru bocor ditumbuk tentera IsraelGSF 3.0 diteruskan, tarikh akan dikongsi- Nadir Al- NuriOsman berkata, masih terdapat ribuan rakyat Palestin yang ditahan di penjara selain ratusan kanak-kanak menjadi mangsa kekejaman setiap hari."Kami bukan pejuang atau wira, tetapi hanya pengantara untuk dunia melihat sendiri kekejaman rejim Israel."Orang ramai diminta unfuk terus menyebarkan kandungan berkaitan kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin dan terus berdoa untuk kebebasan Palestin," ujarnya.Sementara itu, petugas perubatan Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Jihan Alya Mohd Nordin berkata, pengalaman mereka tidak setanding penderitaan yang ditanggung rakyat Palestin terutama di Gaza.Katanya, mereka menjadi saksi sendiri keganasan tentera Israel terhadap aktivis tidak bersenjata yang menyertai misi kemanusiaan itu."Kami diperlakukan secara brutal walaupun tidak bersenjata namun apa yang kami lalui ini masih tidak dapat dibandingkan dengan penderitaan rakyat Palestin yang jauh lebih dahsyat.ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalau papa tak kembali jangan risau, selepas 10 tahun saya akan pergi ke Gaza' - Anak Kapten SivaMalaysia tidak akan berdiam diri isu Gaza - Amirudin"Selepas apa yang berlaku dalam misi ini, saya mengajak semua pihak bersolidariti bersama kami dan seluruh penduduk dunia untuk terus menggerakkan usaha membebaskan Palestin," katanya.

Go to News Site