Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Kenderaan mewah jenis Toyota Vellfire dan Mercedes Benz Brabus AMG masing-masing milik bekas pemain bola sepak kebangsaan serta pakar motivasi keusahawanan bergelar Datuk disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Op Luxury.Bekas pemain bola sepak yang pernah merangkul beberapa kali kejuaraan Liga Super itu ditahan ketika memandu Toyota Vellfire kira-kira jam 4 pagi di sini pada Sabtu.Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi), JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi berkata, kenderaan mewah membabitkan bekas pemain itu disita selepas melakukan tiga kesalahan iaitu tiada perlindungan insurans, LKM tamat tempoh dan lesen memandu tamat tempoh.Menurutnya, semakan mendapati LKM itu tamat tempoh sejak 7 Disember tahun lalu."LKM itu sudah masuk lima bulan dan masih belum diperbaharui dan sebab itu kenderaan itu disita," katanya dalam sidang akhbar di JPJ Kuala Lumpur di sini pada Ahad.Tambahnya, kenderaan pakar motivasi itu pula ditahan ditahan di sekitar Lembah Klang selepas dikesan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh sebulan dan tiada perlindungan insurans.Jelasnya, kesalahan ini mendatangkan risiko bukan sahaja kepada pemandu tetapi pengguna jalan raya yang lain."Selain itu, JPJ juga mengesan kenderaan mewah itu mempamerkan nombor kenderaan lain. Dia (pakar motivasi) itu sebenarnya sudah membuat pertukaran nombor pendaftaran kenderaan ini namun masih menggunakan nombor yang lama dan ini adalah satu kesalahan," ujarnya.Hadir sama, Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan dan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam.Menerusi Op Luxury itu, JPJ turut mengesan kesalahan LKM tamat tempoh paling lama ialah 1 Januari 2025 manakala LKM paling mahal tidak dibayar ialah RM16,000 bagi kenderaan jenis Porshe."JPJ memandang serius isu ketidakpatuhan ini dan akan terus mempergiatkan penguatkuasaan melalui operasi berfokus," katanya.
Go to News Site