Sinar Harian
Bagi ramai rakyat Malaysia, waktu makan bukan sekadar mengisi perut, tetapi masa untuk berkumpul dan mengeratkan hubungan. Namun dengan kesibukan harian, memasak sering menjadi perkara yang perlu disediakan dengan cepat, katau perkara yang berulang kali dan kurang menyeronokkan.Memahami situasi ini, Ayam Brand™ memperkenalkan konsep masakkan mudah, bagi menjadikan penyediaan hidangan harian lebih ringkas, supaya masa dapat dinikmati sepenuhnya bersama keluarga dan insan tersayang.Seiring dengan itu, Ayam Brand™ memperkenalkan rangkaian baharu pes masakan sedia guna bersaiz 50 gram (g), yang direka untuk membawa rasa autentik tempatan ke dalam masakan harian anda.Pes tersebut tersedia dalam empat pilihan: Pes Mee Goreng, Pes Nasi Goreng, Pes Bihun Goreng, dan Pes Tom Yum, hidangan kegemaran yang sememangnya dekat dengan cita rasa rakyat Malaysia.Setiap pes dihasilkan daripada campuran herba dan rempah ratus sebenar yang pekat, memberikan rasa dan aroma yang kaya dalam setiap hidangan.Tanpa bahan pengawet dan disahkan halal, ia mencerminkan komitmen Ayam Brand™ terhadap ramuan yang bersih dan berkualiti.Dengan hanya satu pek, anda boleh menyediakan hidangan yang konsisten rasanya, seolah-olah mempunyai "rahsia cef dalam pek" di dapur sendiri.Direka untuk gaya hidup masa kini,Pes Masakan Ayam Brand™ menawarkan kemudahan dalam menyediakan hidangan lazat dengan persediaan yang minimum.Saiz 50g yang praktikal juga memudahkan kawalan hidangan, sekali gus mengurangkan lebihan bahan masakan dan pembaziran di dapur.Bukan itu sahaja, pes ini cukup versatil untuk pelbagai kegunaan di dapur. Sama ada untuk masakan ringkas selepas waktu kerja atau hidangan istimewa hujung minggu, ia boleh disesuaikan mengikut kreativiti masingmasing, menjadikan proses memasak lebih mudah dan menyeronokkan.Dengan warisan lebih 130 tahun, Ayam Brand™ kekal sebagai jenama pilihan isi rumah Malaysia, dikenali dengan produk berkualiti serta komitmen untuk menjadikan makanan yang mudah dinikmati oleh semua."Sejak dahulu lagi, makanan menjadi medium untuk menyatukan insan, tidak kira sama ada hidangan ringkas di rumah atau masa berkualiti bersama keluarga."Dengan Pes Masakan 50g baharu ini, kami berharap dapat membantu rakyat Malaysia menjadikan masakan harian lebih mudah disediakan, serta dapat menikmati hidangan kegemaran yang enak dan rasa asli," kata Pengarah Pemasaran Ayam Brand Teoh Wei Ling.Pes Masakan Ayam Brand™ kini tersedia dalam empat pilihan — Pes Mee Goreng, Pes Nasi Goreng, Pes Bihun Goreng, dan Pes Tom Yum — setiap satunya dalam pek praktikal 50g.Produk ini boleh didapati di pasar raya terpilih di seluruh negara, serta di kedai rasmi Ayam Brand™ di Shopee Malaysia dan Lazada.Bersedia untuk lebih kreatif di dapur? Layari www.ayambrand.com.my untuk pelbagai resipi menarik, dan ikuti @ ayambrandmy di Instagram serta Ayam Brand™ Malaysia di Facebook untuk inspirasi harian.Mengenai Ayam Brand™Ayam Brand™, adalah satu jenama warisan Tanah Melayu terkemuka di Malaysia dan Asia selama 134 tahun yang dikenali untuk pilihan meluas makanan dalam tin berkualiti tinggi dan sihat yang bebas daripada bahan awet serta tidak mengandungi MSG tambahan. Produk-produk Ayam Brand™ dihasilkan di kemudahan-kemudahan berteknologi terkini yang memenuhi standard antarabangsa tertinggi dan menerima pensijilan yang diiktiraf antarabangsa (HACCP, ISO 9001).Rangkaian produk Ayam Brand™ juga telah menerima pensijilan Halal. Ayam Brand telah disenaraikan dalam senarai putih Jakim sebagai Jenama Makanan Halal Yang Diyakini.Ayam Brand™ telah disenaraikan sebagai antara 10 Jenama Pilihan FMCG Malaysia, menurut Kajian Jejak Jenama Asia 2023 oleh Kantar Worldpanel.Untuk maklumat lanjut berkenaan Ayam Brand™, sila layari www.ayambrand.com.my atau sertai Facebook: https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia Instagram: https://www.instagram.com/ayambrandmy TikTok: https://www.tiktok.com/@ayambrandmyofficial
Go to News Site