Collector
EON sasar jadi legasi pemacu mobiliti negara | Collector
EON sasar jadi legasi pemacu mobiliti negara
Sinar Harian

EON sasar jadi legasi pemacu mobiliti negara

Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) menyasarkan untuk membina legasi pemacu ekosistem industri mobiliti negara dengan menumpukan kepada inovasi, kekuatan dalaman serta transformasi digital yang menyeluruh.Ketua Pegawai Operasi dan Peruncitan Automatif EON Berhad, Mohammad Azwan Yahaya berkata, EON mahu dikenali bukan sekadar sebagai penjual kereta, sebaliknya sebagai organisasi yang memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan industri dan masyarakat."Legasi yang dibina menjadi organisasi yang menyumbang kepada kemajuan ekonomi, teknologi dan komuniti setempat."Kami mempunyai rangkaian cawangan yang besar di seluruh Malaysia dan kami akan menggunakan rangkaian ini untuk memberi sumbangan dari segi teknologi, pengalaman dan pendidikan kepada masyarakat setempat supaya industri itu dapat terus berkembang," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di EON Glenmarie.Tambahnya, syarikat komited untuk memperluaskan akses kepada rakyat Malaysia dengan menyediakan pelbagai pilihan kenderaan serta menyokong peralihan industri ke arah mobiliti yang lebih lestari termasuk kenderaan elektrik (EV)."Melalui rangkaian cawangan yang kita ada, kita mengharapkan dapat mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang termasuk jualan, perkhidmatan selepas jualan, logistik dan kewangan serta menyokong rantaian nilai industri melalui kerjasama strategik dan teknologi," katanya.Beliau menambah, syarikat turut memberi tumpuan kepada pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi serta pelaburan dalam inovasi dan perindustrian bagi memastikan kelangsungan industri.Sehubungan itu, Mohammad Azwan memaklumkan, EON optimis legasi yang dibina bukan sahaja memberi manfaat kepada syarikat, malah turut menyumbang kepada pembangunan industri automotif dan kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.Tingkatkan keupayaan digital Kongsinya, EON turut berdepan pelbagai cabaran termasuk ketidaktentuan ekonomi global, tekanan luaran serta gangguan rantaian bekalan yang memberi kesan kepada permintaan, harga dan pelancaran produk dalam tempoh lebih 40 tahun dalam industri automotif."Selain itu, perubahan tingkah laku pelanggan yang semakin menuntut perkhidmatan pantas, telus dan digital turut menjadi cabaran utama yang perlu ditangani secara berterusan," ujarnya.Beliau melihat keperluan untuk meningkatkan keupayaan digital menjadi aspek kritikal apabila peralihan daripada model jualan tradisional kepada peralihan platform digital berlaku dengan pantas.Tambahnya, penambahbaikan perlu dibuat dalam semua aspek termasuk proses jualan, perkhidmatan dan strategi bagi memastikan syarikat kekal kompetitif dan relevan.Mohammad Azwan berkata, dalam mendepani cabaran tersebut, EON melakukan transformasi model perniagaan daripada satu jenama kepada pelbagai jenama serta memperkukuh kecekapan operasi melalui penggunaan teknologi.Bagaimanapun, beliau menambah, EON mempunyai ‘kekuatan rahsia’ terutamanya pangkalan data pelanggan yang besar yang digunakan untuk meningkatkan kepercayaan serta memperkukuh hubungan dengan pelanggan, meskipun berdepan persaingan sengit industri."Selain itu, kita menawarkan pelbagai pilihan kenderaan dan menyediakan penyelesaian menyeluruh merangkumi jualan, pembiayaan, insurans dan selepas jualan di bawah satu bumbung," jelasnya.Tambah beliau, transformasi digital yang dilaksanakan dalam tempoh dua hingga tiga tahun kebelakangan ini menjadi antara pembaharuan paling signifi kan dalam meningkatkan pengalaman pelanggan."Pendigitalan membolehkan perkhidmatan disampaikan dengan lebih pantas, mudah dan telus, di samping memastikan standard perkhidmatan yang konsisten di semua cawangan," katanya.Dalam masa sama, penggunaan data secara berpusat membantu syarikat membuat keputusan strategik serta merancang pelan masa depan dengan lebih berkesan.Pengiktirafan BISA 2026 kukuhkan reputasi EONDalam pada itu, Mohammad Azwan berkata, pengiktirafan terhadap EON melalui Anugerah Kecemerlangan Korporat Automotif pada Anugerah BISA 2026 dilihat sebagai bukti usaha dan strategi yang dilaksanakan berada di landasan tepat."Pengiktirafan ini mencerminkan kepercayaan daripada rakan industri dan pelanggan terhadap perancangan serta hala tuju yang kita tetapkan, selain menjadi platform untuk kita terus komited dalam inovasi, meningkatkan pengalaman pelanggan serta meningkatkan ekosistem mobiliti," katanya.Menurut beliau, pengiktirafan itu turut memberi nilai tambah kepada organisasi dengan meletakkan satu tanda aras terhadap keberkesanan transformasi yang dilaksanakan."Ia juga mengukuhkan reputasi EON sebagai antara pemain utama dalam industri automotif negara serta memberi pengiktirafan kepada seluruh warga kerja atas usaha kolektif yang telah dilaksanakan," ujarnya.Menurutnya, anugerah tersebut turut memberi impak positif kepada motivasi pekerja serta mengukuhkan budaya kecemerlangan dalam organisasi."Anugerah ini juga mendorong EON untuk terus meletakkan standard yang lebih tinggi setiap tahun, mengukuhkan komitmen untuk terus mencari dan meneroka peluang baharu dalam mobiliti, digitalisasi serta meningkatkan pengalaman pelanggan," katanya.Kata beliau, EON merancang untuk terus memperkukuh ekosistem mobiliti menyeluruh, memperluas penggunaan automasi dan digitalisasi serta meneroka jenama baharu bagi memastikan pertumbuhan mampan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Go to News Site