Collector
WCE tampil versi baharu aplikasi, rancang perjalanan lebih efisien | Collector
WCE tampil versi baharu aplikasi, rancang perjalanan lebih efisien
Sinar Harian

WCE tampil versi baharu aplikasi, rancang perjalanan lebih efisien

KLANG – Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) memperkenalkan versi baharu aplikasi mudah alih WCE App yang dipertingkatkan dengan pelbagai ciri digital bagi membantu orang ramai merancang perjalanan dengan lebih efisien, khususnya menjelang musim cuti panjang.Aplikasi dinaik taraf itu bukan sahaja menyediakan maklumat trafik masa nyata, malah dilengkapi fungsi navigasi pintar yang membantu pengguna mendapatkan laluan terbaik menggunakan Lebuhraya WCE ke destinasi pilihan dengan lebih lancar dan praktikal.Sehingga kini, WCE App telah mencatat hampir 20,000 muat turun sekali gus memperluaskan akses pengguna kepada maklumat perjalanan dan kemudahan lebuh raya secara digital.Penambahbaikan tersebut selari dengan usaha WCE memperkukuh pengalaman pengguna lebuh raya melalui penyampaian maklumat lebih pantas, tepat dan mudah diakses, sejajar dengan keperluan mobiliti semasa yang semakin bergantung kepada teknologi digital.Antara ciri baharu diperkenalkan termasuk paparan CCTV trafik secara langsung di sepanjang lebuh raya, ciri 'Traffic Update', 'WCE Assistant', 'Route Assistant', kalkulator kadar tol, navigasi kemudahan lebuh raya, fungsi maklum balas pengguna serta saluran bantuan pelanggan dipertingkatkan.Melalui paparan CCTV secara langsung, pengguna dapat memantau keadaan trafik semasa di sepanjang laluan WCE bagi membantu membuat keputusan perjalanan yang lebih baik dan menjimatkan masa.Ciri 'Traffic Update' membolehkan pengguna menerima notifikasi penting secara terus melalui aplikasi termasuk maklumat berkaitan kemalangan, penutupan sementara jalan dan gangguan trafik bagi membantu perjalanan lebih lancar serta selamat.'WCE Assistant' berasaskan kecerdasan buatan (AI) membantu pertanyaan pengguna, manakala 'Route Assistant' membantu pengguna mendapatkan laluan perjalanan menggunakan WCE ke destinasi pilihan melalui aplikasi navigasi.Pengarah Urusan WCE, Lyndon Alfred Felix berkata, penambahbaikan aplikasi itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan syarikat dalam memanfaatkan teknologi digital bagi meningkatkan pengalaman pengguna lebuh raya.Menurutnya, pihaknya mahu memastikan pengguna WCE bukan sahaja menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selamat, tetapi turut mempunyai akses kepada maklumat yang tepat dan mudah pada setiap masa.Versi baharu WCE App turut membantu pengguna meneroka lokasi tarikan pelancongan, mercu tanda bersejarah, hotel dan restoran di sepanjang jajaran WCE dengan lebih mudah.Dengan hanya dengan satu klik pada destinasi pilihan, aplikasi itu akan memaparkan panduan arah dan navigasi perjalanan secara terus bagi memudahkan perancangan perjalanan serta singgahan.WCE berkata, aplikasi dipertingkatkan mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam memanfaatkan teknologi dan inovasi bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan lebuh raya serta menyediakan pengalaman perjalanan yang lebih selamat, lancar dan efisien kepada pengguna.Orang ramai digalakkan memuat turun atau mengemas kini aplikasi WCE melalui Google Play Store dan Apple App Store.

Go to News Site